πππππ ππππππππ πππππππ πππππ πππππππ ππππππ ππππππππ ππ πππππππππ, πππππ, πππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππππππ πππππππ πππππ πππππππ ππππππ ππππππππ ππ πππππππππ, πππππ, πππππ | π πππ ππππ
Β
Β
Hari ini 4 lokasi di negeri Sabah iaitu Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu digemparkan dengan bunyi siren nasihat tsunami oleh Met Malaysia.
Β
Selaku penyelaras utama pengurusan bencana negara, NADMA sentiasa berusaha melalui pelbagai inisiatif bagi membantu komuniti agar bersedia menghadapi apa jua bencana di kawasan masing-masing dan menjadi πͺπ―πͺπ΅πͺπ’π π³π¦π΄π±π°π―π₯π¦π³ apabila bencana berlaku.
Β
NADMA telah berjaya berkolaborasi dengan Pejabat Daerah Ranau, Sabah serta Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) kepada 118 komuniti kampung serta wakil NGO di Kundasang, Ranau, Sabah sebagai usaha memperkukuh tahap kesiapsiagaan komuniti setempat dalam menghadapi risiko bencana.
Β
Daripada memahami risiko bencana sehinggalah mempraktikkan tindakan menyelamat, peserta dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran kesiapsiagaan yang merangkumi risiko tanah runtuh dan gempa bumi, pemetaan kawasan berisiko, simulasi pemindahan, penyediaan beg kecemasan serta latihan pertolongan cemas. Penglibatan NGO melalui perkongsian pengalaman sukarelawan turut memberi nilai tambah dalam memperkukuh daya tahan komuniti menghadapi bencana.
Β
Latihan simulasi bencana seperti ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada komuniti supaya sentiasa bersedia ketika bencana berlaku serta sekali gus dapat memperkukuh daya tahan komuniti terhadap risiko bencana di kawasan Kundasang, Ranau.
