Miri: Seramai 608 penduduk melibatkan 103 rumah di Kampung Long Bemang di sini terjejas akibat banjir susulan hujan berterusan yang melanda kawasan tersebut sejak petang semalam.
Menurut laporan Persatuan Bomba Sukarela Long Bemang, banjir mula berlaku pada jam 3.45 petang, 12 Jun lalu dan setakat jam 6.44 pagi tadi, paras air menunjukkan trend meningkat.
Keadaan cuaca yang masih mendung menimbulkan kebimbangan paras air akan terus naik sekiranya hujan berterusan.
Difahamkan, antara punca utama banjir ialah hujan tanpa henti sejak beberapa hari lalu selain kedudukan sebahagian rumah penduduk yang berhampiran dengan aliran sungai.
Walaupun banjir menjejaskan ratusan penduduk, sehingga kini tiada perpindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilakukan dan penduduk masih berada di kediaman masing-masing.
Persatuan Bomba Sukarela Long Bemang bagaimanapun menasihatkan penduduk yang terjejas supaya sentiasa berwaspada, memantau perkembangan paras air serta bersedia untuk berpindah sekiranya keadaan menjadi lebih buruk.
Pihak berkaitan juga terus memantau situasi semasa bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin sepanjang tempoh banjir.
KUALA LUMPUR, June 13 β Federal Territories Minister Hannah Yeoh said governments needed to devote more attention and resources to maintaining existing public facilities, adding that the long-term costs of upkeep should be factored into decisions on new developments.
Speaking at the launch of Kuala Lumpur Sustainability Week (KLSW) today, she said the challenge was not merely constructing new amenities, but ensuring they could continue serving the public years after completion.
According toΒ The Star, Yeoh said proposals for new developments should be accompanied by clear plans for their long-term maintenance.
βWhen people bring proposals to me and talk about creating something new, I am always more concerned about the budget required to maintain it,β she said.
Yeoh said Malaysiaβs weather conditions could accelerate the deterioration of buildings, parks and other public infrastructure if maintenance was neglected.
βIf there is no plan to sustain and maintain them, it will all go to waste. That is why it is important for the government to look into our spending priorities,β she said.
She said Kuala Lumpur City Hall (DBKL) and the Federal Territories Department were focusing on maintaining green spaces and strengthening flood mitigation measures as part of efforts to improve sustainability in the capital.
Yeoh added that investments in infrastructure and heritage conservation would be undermined without adequate flood prevention measures.
Referring to the ongoing conservation of the Sultan Abdul Samad Building, she said preservation efforts needed to be supported by flood mitigation planning.
βHowever, if we do not have a flood mitigation plan for that area, it will mean nothing and we will end up spending all over again if it gets flooded,β she said.
KANGAR: Kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasa khas pencegahan kebakaran di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis khususnya di perkampungan nelayan serta kawasan-kawasan lain yang kedudukan rumah berdekatan.
Hal demikian disebabkan kawasan perkampungan nelayan atau Kampung Warna-Warni di Kuala Perlis itu sering kali terdedah dengan risiko kebakaran dan hanya dalam tempoh tiga bulan sahaja sudah terdapat 13 buah rumah musnah dalam kebakaran.
Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, jawatankuasa berkenaan dengan kerjasama penduduk itu akan memainkan peranan dalam usaha mengawal daripada kebakaran terus berulang di kawasan berkenaan.
βKita akan segera menubuhkan jawatankuasa tersebut di DUN Kuala Perlis memandangkan banyak kawasan di sini yang kedudukan rumah terlalu berdekatan. Aidilfitri lalu, lima buah rumah terbakar dan semalam lapan buah.
βSebelum ini juga sering berlaku kebakaran di kawasan berkenaan,β katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Pagi tadi Utusan Malaysia melaporkan, lapan buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis di sini.
Kebakaran itu menyaksikan kebanyakan keluarga tinggal sehelai sepinggang termasuk ramai yang kerugian apabila gagal menyelamatkan harta benda serta wang tunai di rumah.
Kes kebakaran di perkampungan nelayan itu bukan yang pertama kali berlaku, malah pada 17 Mac lalu sebanyak lima rumah di Kampung Pulau Ketam di sini musnah dalam kebakaran.
Sementara itu, Abu Bakar berkata, bantuan awal dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk dari sumbangan beliau sendiri telah disalurkan kepada mangsa.
Katanya, dalam tempoh seminggu ini, beliau juga telah menguruskan inap desa untuk dihuni keluarga berkenaan, sebelum pembinaan rumah baharu dilaksanakan kepada mereka.
Dalam pada itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan berangkat menziarahi dan menyampaikan sumbangan awal daripada MAIPs kepada mangsa kebakaran di Kampung Seberang Alor.
Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.-UTUSAN
KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi dan menyampaikan sumbangan awal daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada mangsa kebakaran di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis di sini.
Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Sebanyak lapan buah keluarga kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Keberangkatan tiba baginda disambut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datin Marzita Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.
Baginda dipersembah taklimat oleh Pengarah Bomba negeri, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin, dan Pengarah Jabatan Kebajikan MasyarakatΒ (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa.
Tuanku Syed Faizuddin meluangkan masa beramah mesra dengan setiap keluarga mangsa bagi menzahirkan ucapan takziah serta menyerahkan bantuan kecemasan MAIPs.
Baginda bertitah, masyarakat digesa memeriksa sistem pendawaian elektrik rumah secara berkala bagi mengelakkan litar pintas.
βSentiasa matikan suis dan cabut palam peralatan elektrik yang tidak digunakan sebelum keluar rumah, serta elakkan menggunakan soket secara berlebihan.
βKikis sikap β3Lβ iaitu Lupa, Lalai, dan Leka, terutamanya ketika memasak atau mengendalikan bahan mudah terbakar.
βKesedaran awal ini sangat penting bagi melindungi keselamatan nyawa dan harta benda jiran tetangga,β titah baginda.
MAIPs bersama JKM kini sedang menyelaraskan bantuan susulan, untuk kesemua mangsa yang terjejas.-UTUSAN
PETALING JAYA β Fenomena El Nino yang sedang melanda negara dijangka membawa impak cuaca lebih panas dan kering berterusan hingga awal tahun hadapan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, situasi itu dipengaruhi oleh Monsun Barat Daya yang bermula sejak 14 Mei lalu dan dijangka aktif sehingga September depan.
βKeadaan cuaca yang kering ini juga boleh mencetuskan insiden kebakaran hutan serta tanah gambut, selain risiko berlakunya kejadian jerebu meluas.
βMetMalaysia kini sedang memantau rapat perkembangan fenomena ini bagi memastikan kesiapsiagaan negara berada pada tahap tertinggi,β katanya.
Sebagai langkah awal, MetMalaysia telah memperkukuhkan penyampaian maklumat cuaca dan amaran awal kepada agensi kerajaan, termasuk melaksanakan lebih 70 sesi taklimat pengurusan bencana.
Taklimat tersebut melibatkan Kementerian Ekonomi, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) serta Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di peringkat negeri dan daerah.
Selain itu, ramalan risiko kebakaran hutan bagi tempoh tujuh hari ke hadapan turut disediakan, di samping persediaan bagi melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) sekiranya keadaan mengizinkan.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui aplikasi myCuaca dan laman sesawang rasmi MetMalaysia.
Pengguna juga digesa menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini serta mengelakkan daripada melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka. β KOSMO! ONLINE
