PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Rawatan awal COVID-19 kunci elak komplikasi lebih serius

Rawatan awal COVID-19 kunci elak komplikasi lebih serius

Walaupun Malaysia telah banyak berjaya dalam melawan COVID-19, virus ini masih menjadi ancaman, terutamanya untuk golongan berisiko tinggi.¹

Varian-varian baru pernah menyebabkan peningkatan kes COVID-19, dan peningkatan ini boleh berulang pada masa hadapan.²

Oleh itu, penting untuk kita semua faham tentang risiko, simptom, dan langkah pencegahan yang perlu diambil.

Mitos mengenai COVID-19 perlu dibongkar Ramai yang beranggapan COVID-19 hanya menyebabkan gejala ringan, seperti selesema biasa.

Namun, sebenarnya, virus ini boleh menyebabkan komplikasi serius seperti radang paru-paru, kegagalan organ, dan bahkan kematian, terutamanya dalam kalangan warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.3-5

Menganggap COVID-19 seperti selesema biasa boleh menimbulkan risiko besar. Ada juga yang berfikir mereka hanya perlu ke hospital apabila sudah terlalu sakit.

Sebenarnya, tanggapan seperti ini sangat berbahaya kerana rawatan awal adalah kunci untuk mencegah komplikasi yang lebih serius.6Jika dibiarkan tanpa rawatan, virus ini boleh merosakkan organ tubuh dengan cepat, meningkatkan risiko masalah kesihatan yang lebih serius.5,6

Jadi, sebaiknya dapatkan nasihat perubatan dengan segera atau terus ke pusat kesihatan terdekat sebaik sahaja simptom muncul.

Langkah pencegahan yang penting

Walaupun vaksin dapat mengurangkan risiko kesan serius akibat COVID-19, ia tidak memberikan perlindungan sepenuhnya.5

COVID-19 terus bermutasi, dan varian baru seperti Omicron dan XBB menunjukkan kita masih boleh dijangkiti walaupun telah divaksin.7

Jadi, vaksin bukanlah langkah pencegahan yang cukup.Langkah-langkah lain seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal, dan melakukan ujian secara berkala tetap penting, terutama di kawasan dengan penularan tinggi atau apabila berinteraksi dengan golongan berisiko tinggi.8,9

Ini adalah cara terbaik untuk melindungi diri sendiri dan orang tersayang daripada jangkitan yang lebih serius.9

Pentingnya saringan awal Salah satu cabaran utama dalam mengawal penularan COVID-19 adalah kelewatan dalam ujian dan diagnosis.10

Sistem kesihatan akan lebih berkesan jika pesakit menjalani ujian secepat mungkin.11

Rawatan COVID-19 yang dimulakan lebih awal dapat mengurangkan risiko komplikasi serius dan membantu pemulihan lebih awal.6

Jika anda rasa tak sihat atau ada simptom COVID-19, segera hubungi pusat kesihatan atau lakukan ujian untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.6

Bagi konsultasi kesihatan jarak jauh, perkhidmatan telekesihatan seperti BookDoc juga boleh digunakan untuk mendapatkan nasihat perubatan tanpa perlu keluar rumah.

Untuk maklumat lanjut mengenai langkah pencegahan dan rawatan COVID-19, layari www.knowplango.my/.

Maklumat dalam artikel ini adalah bagi tujuan pendidikan sahaja. Sila rujuk pengamal perubatan untuk sebarang pertanyaan berkaitan kesihatan atau penyakit anda.

 

Rujukan:

1. Spinner CD, et al. Adv Ther. 2025;42(2):666-719.

2. Ramesh S, et al. Vaccines. 2021;9(10):1195.

3. Mayo Clinic. Coronavirus disease 2019 (COVID-19). Updated 20 September 2024. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/coronavirus/symptoms-causes/syc- 20479963. Accessed 7 March 2025.

4. Cleveland Clinic. COVID Pneumonia. Updated 8 October 2022. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/24002-covid-pneumonia. Accessed 7 March 2025.

5. World Health Organization. Coronavirus disease (COVID-19). Updated 9 August 2023. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/coronavirus-disease-(covid-19). Accessed 7 March 2025.

6. Centers for Disease Control and Prevention. Types of COVID-19 Treatment. Updated 20 November 2024. https://www.cdc.gov/covid/treatment/index.html. Accessed 7 March 2025.

7. Haque A &Pant AB. J Autoimmun. 2022;127:102792.

8. Patel MD, et al. JAMA Netw Open. 2021;4(6):e2110782.

9. Mayo Clinic. COVID-19: Who's at higher risk of serious symptoms? Updated 30 April 2024. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/coronavirus/in-depth/coronavirus- who-is-at-risk/art-20483301. Accessed 7 March 2025.

10. Ga'al A, et al. J Assoc Med Microbiol Infect Dis Can. 2024;8(4):299-308.

11. BMJ Best Practice. Coronavirus disease 2019 (COVID-19) – Approach. https://bestpractice.bmj.com/topics/en-us/3000168/diagnosis-approach. Accessed 7 March 2025.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search