PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Floods: S'wak set to face North-East Monsoon with over 650 relief centres identified

 KUCHING: The Sarawak Social Welfare Department has identified 658 temporary relief centres statewide in the event of floods during the ongoing North-East Monsoon.

State Women, Childhood and Community Wellbeing Development Minister Datuk Seri Fatimah Abdullah said the department had also stocked up on essentials for flood victims at its depot in Samarahan and mini depots in Mukah, Kapit, Miri and Lawas.

"In addition, stocks of essentials are available at 12 divisional and district welfare offices as well as 24 forward bases in Sarawak," she told the Sarawak Legislative Assembly during her winding-up speech on Tuesday (Dec 2).

Sarawak has not experienced floods so far during the current monsoon season.

Separately, Fatimah said the state government allocated RM295.5mil for monthly welfare assistance this year.

As of October, RM249.2mil had been distributed to 56,660 recipients.

"Starting this year, the Social Welfare Department has improved governance and efficiency by integrating the social welfare assistance management and Sarawak accounting systems.

"This has shortened the process of paying out the assistance from 14 days to only five days," she said.

Banjir gelombang pertama Kelantan pulih, semua PPS ditutup

KOTA BHARU – Banjir gelombang pertama yang melanda Kelantan bermula 26 November lalu pulih sepenuhnya selepas semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup hari ini.

Dua PPS terakhir yang menempatkan seramai 97 mangsa daripada 35 keluarga di Sekolah Kebangsaan (SK) To’ Deh, Rantau Panjang dan SK Kedai Tanjong, Pasir Mas ditutup pada pukul 3.30 petang tadi.

Sementars itu, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Mohd. Farid Ishak berkata, penduduk di Kelantan perlu sentiasa berwaspada kerana gelombang kedua banjir boleh berlaku sepanjang musim Monsun Timur Laut hingga Mac depan.- KOSMO! ONLINE

Calon SPM terpaksa berenang: JPN sahkan pelajar sudah di asrama

KUANTAN – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang mengesahkan seorang pelajar tingkatan lima dari Kampung Kuala Kechau dekat Lipis yang terpaksa berenang meredah air banjir untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang tular di media sosial berada dalam keadaan selamat.

JPN Pahang dalam kenyataan hari ini memaklumkan, siasatan mendapati laluan keluar dari rumah pelajar itu dinaiki air dengan sangat cepat menyebabkan mangsa terpaksa meredah air sebelum sempat dibawa ke asrama sekolah pada 29 November lalu.

“Murid itu sekarang ditempatkan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Lanar dan berada dalam keadaan selamat serta bersedia menduduki peperiksaan bersama calon lain,” kata kenyataan itu.

JPN Pahang memaklumkan jabatan itu dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama sekolah menengah berasrama di sekitar daerah Lipis menyediakan pelan kontigensi awal termasuk menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar di kawasan terjejas banjir.

Sebelum ini tular satu rakaman video berdurasi 53 saat seorang remaja lelaki dipercayai pelajar sekolah berenang dalam kawasan dinaiki air dan seorang lelaki lain dipercayai bapanya turut berenang merentasi banjir sambil menolak satu tong hitam besar berisi beg sekolah milik remaja berkenaan, – KOSMO! ONLINE

Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya, empat negeri masih terjejas

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya, namun Perak, Selangor, Perlis dan Pahang masih menempatkan mangsa banjir setakat 9 malam tadi.

Di TERENGGANU, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol, Kuala Terengganu yang menempatkan 31 mangsa daripada 20 keluarga ditutup pada 8 malam tadi.

Banjir yang melanda Terengganu bermula 22 Nov itu memaksa hampir 11,000 mangsa berpindah ke lebih 500 PPS di lapan daerah, selain menyebabkan 16 sekolah ditutup selepas ditenggelami air manakala 48 lagi dijadikan PPS.

Pulau Redang, Kuala Nerus menjadi lokasi pertama dinaiki air tahun ini diikuti kawasan di daerah Marang, Besut, Kuala Terengganu, Setiu, Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman.

Di PERAK, 3,228 mangsa banjir daripada 947 keluarga masih berada di 19 PPS meliputi daerah Hilir Perak, Bagan Datuk, Manjung, Perak Tengah serta Larut, Matang dan Selama.

Sementara itu, di SELANGOR, 1,038 mangsa daripada 304 keluarga masih ditempatkan di 19 PPS, menurun berbanding 1,464 orang petang tadi yang meliputi kawasan Kuala Selangor, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Sepang.

Di PERLIS, 551 mangsa terus berlindung di empat PPS, iaitu di Padang Besar, Kangar dan Arau, menurun daripada 696 mangsa pada sebelah petang.

Di PAHANG, hanya 124 mangsa daripada 34 keluarga masih berlindung di enam PPS selepas semua PPS di Temerloh ditutup petang tadi.

JPBN Pahang memaklumkan Bera mencatatkan 92 mangsa, diikuti Maran (25) dan Kuantan (tujuh), manakala paras Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran kekal melepasi paras bahaya. – TVS

Terengganu completes flood recovery, four states still impacted

KUALA LUMPUR: Floods that hit Terengganu since Nov 22 have fully recovered, with the last temporary relief centre at Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol in Kuala Terengganu closing at 8pm on Tuesday (Dec 2).

However, four other states: Perak, Selangor, Perlis and Pahang, are still sheltering flood evacuees as of 9pm.

In TERENGGANU, the State Disaster Management Committee (JPBN) said the 31 evacuees from 20 families housed at the SK Atas Tol relief centre were allowed to return home after floodwaters completely receded.

The floods that first struck Terengganu on Nov 22 forced nearly 11,000 residents to evacuate to more than 500 temporary relief centres across eight districts. The incident also led to 16 schools being closed due to flooding, while another 48 schools were converted into relief centres.

Pulau Redang in Kuala Nerus was the first area affected this year, followed by Marang, Besut, Kuala Terengganu, Setiu, Dungun, Hulu Terengganu, and Kemaman.

In PERAK, 3,228 evacuees from 947 families remain at 19 relief centres across five districts: Hilir Perak, Bagan Datuk, Manjung, Perak Tengah and Larut, Matang and Selama, the highest number recorded among the affected states.

Meanwhile, in SELANGOR, 1,038 evacuees from 304 families are still housed at 19 relief centres, down from 1,464 reported earlier on Tuesday afternoon. The centres are located in Kuala Selangor, Kuala Langat, Sabak Bernam and Sepang.

In PERLIS, a total of 551 evacuees remained at four relief centres in Padang Besar, Kangar and Arau, down from 696 people recorded earlier on Tuesday afternoon.

In PAHANG, the state JPBN reported that 124 people from 34 families were still housed in six relief centres after all centres in Temerloh were closed on Tuesday afternoon.

Bera recorded the highest number of evacuees at 92, followed by Maran (25) and Kuantan (7), while the water level of Sungai Pahang at Lubuk Paku, Maran, remained above the danger mark. – Bernama

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search