PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Pump project to help end flash floods almost ready

GEORGE TOWN:
Β 
Β A federal project costing RM6.3 million to improve a flood retention pond will be completed next week to help end flash floods in the inner city area.

The project, expected to be completed on June 19, involves upgrading three pump units, the pond structure, mechanical systems, and electrical supply, as well as desilting works to increase the pond’s capacity.

It will benefit almost 40,000 residents in the George Town area, the ministry of energy transition and water transformation said in a statement after a working visit by deputy minister Abdul Rahman Mohamad to inspect progress.

The ministry said monsoon transitions and heavy rainfall exceeding the capacity of existing drainage systems have frequently triggered flash floods in the area.

Β 

Tragedi Highland Towers: Noktah musibah tiga dekad

Kuala Lumpur: Tragedi Highland Towers yang mengorbankan 48 nyawa pada 11 Disember 1993 kekal sebagai antara bencana bangunan paling buruk dalam sejarah negara.

Kejadian kira-kira jam 1.35 tengah hari itu menyaksikan Blok 1 kondominium berkenaan runtuh selepas berlaku kegagalan cerun di kawasan belakang bangunan yang turut dikaitkan dengan hujan lebat berterusan.

Susulan tragedi itu, penduduk di Blok 2 dan Blok 3 diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing atas faktor keselamatan.

Sejak tragedi itu, kedua-dua blok berkenaan kekal tidak berpenghuni dan menjadi struktur terbiar yang menghantui kawasan berkenaan selama lebih 30 tahun.

Peristiwa itu turut mencetuskan pertikaian undang-undang yang berlarutan selama bertahun-tahun membabitkan pelbagai pihak termasuk penduduk, pemaju dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Menurut laporan media, pada 4 Disember 1996, pemilik kondominium memfailkan saman terhadap beberapa pihak termasuk MPAJ bagi menuntut ganti rugi yang dianggarkan berjumlah RM31 juta hingga RM35 juta susulan kehilangan kediaman mereka.

Dalam masa sama, usaha merobohkan baki dua blok berkenaan turut berdepan pelbagai kekangan termasuk tindakan undang-undang dan isu pemilikan yang menyebabkan ia tertangguh selama bertahun-tahun.

Kes berkaitan tuntutan pampasan pula melalui pelbagai peringkat perbicaraan sebelum dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, pada 2006, Mahkamah Persekutuan dilaporkan memutuskan bahawa seramai 73 penghuni Blok 2 dan Blok 3 gagal dalam tuntutan mereka terhadap MPAJ.

Walaupun lebih 32 tahun berlalu, baki dua blok Highland Towers terus berdiri sebagai struktur terbiar yang semakin uzur dan sering mengundang perhatian orang ramai.

Β 

Dedah laporan penuh letupan Putra Heights

PETALING JAYA: Penduduk yang terjejas dengan insiden letupan paip gas di Putra Heights di sini tahun lalu menggesa kerajaan negeri segera mendedahkan laporan penuh siasatan jawatankuasa bebas seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Setiausaha Persatuan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru, Badly Nordin berkata, sehingga kini mereka masih menunggu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menunaikan janji untuk mendedahkan laporan penuh berhubung hasil siasatan insiden berkenaan.

β€œKami masih menunggu Menteri Besar Selangor untuk mendedahkan laporan penuh jawatankuasa bebas seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

β€œPenduduk memandang serius pendedahan itu agar kami tahu status tahap keselamatan serta sebarang keperluan langkah keselamatan pada masa depan,” katanya ketika dihubuΒ­ngiΒ Utusan Malaysia.

Sebelum ini, penduduk Kampung Kuala Sungai Baru meΒ­numpukan usaha untuk mendapatkan laporan penuh insiden daripada agensi terlibat selepas setahun tragedi letupan gas di Putra Heights.

Penduduk turut melantik firma guaman bagi membantu meneliti serta mendapatkan dokumen berkaitan kejadian tersebut.

Katanya, majoriti penduduk menerima baik inisiatif kerajaan dalam pembinaan semula rumah yang terjejas akibat leΒ­tupan, namun ia masih belum cukup untuk memastikan kawasan itu selamat dihuni dalam tempoh jangka panjang.

β€œKes saman masih berjalan melalui peguam yang telah dilantik untuk membantu meneliti serta mendapatkan dokumentasi serta kronologi berkaitan kejadian tersebut.

β€œBagaimanapun, laporan jawatankuasa ini perlu didedahkan agar penduduk di sini berpuas hati apabila perkara ini mempunyai penjelasan yang jelas,” katanya.

Menurut Badly, perkembaΒ­ngan terkini yang dimaklumkan adalah kerajaan negeri perlu menunggu keputusan dan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan.

β€œSetakat yang kami tahu, kerajaan negeri masih meΒ­nunggu Kerajaan Persekutuan sebelum laporan didedahkan kepada umum kerana katanya ia melibatkan pihak Persekutuan,” katanya. – UTUSAN

Heavy rain triggers flash floods in Bintulu, vehicles stranded as water spills into homes

BINTULU, June 11 β€” Several roads and residential areas here have been inundated following heavy rain since early Thursday morning.

The downpour caused flash floods in a number of low-lying areas, with floodwaters rising rapidly and affecting traffic flow on several roads across the town.

Β 

Several vehicles were seen stranded after attempting to pass through flooded stretches, while other motorists were forced to turn back and seek alternative routes due to rising water levels.

Among the affected areas were residential neighbourhoods where overflowing drains led to water spilling onto roads and into house compounds.

As of 9am, no injuries or evacuations have been reported. β€” The Borneo Post

LRA Bukit Chupak siap, masalah air 20 tahun di Gua Musang pulih

GUA MUSANG – Penderitaan penduduk di daerah ini yang berdepan masalah bekalanΒ Β airΒ sejak hampir 20 tahun lalu berakhir selepas Loji RawatanΒ Β AirΒ (LRA) Bukit Chupak bernilai RM70.76 juta beroperasi sepenuhnya pada hujung April lalu.

Bekalan Air & Rawatan

Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) Datuk Seri Ir. Jaseni Maidinsa berkata, loji berkapasiti 10 juta liter sehari itu membekalkan air terawat ke kawasan utama termasuk Bandar Utama, Bandar Lama, Taman Wangsa Mewangi dan kampung sekitar.

Katanya, projek tersebut turut meningkatkan rizab margin bekalan air kepada sekurang-kurangnya lima peratus berbanding sifar sebelum ini sekali gus menstabilkan tekanan air.

β€œLRA Bukit Chupak dilengkapi teknologi moden seperti sistem flexible low weir gate yang mampu meningkatkan paras air sungai sehingga 0.75 meter bagi memastikan sumber air mentah mencukupi terutama ketika musim kemarau.

β€œSelain itu penggunaan sistem automasi Sistem Kawalan Penyeliaan dan Pemerolehan Data (Scada) membolehkan pemantauan dan kawalan operasi dilakukan secara berpusat, sekali gus meningkatkan kecekapan dan menjamin kualiti bekalan air,” katanya selepas Majlis Perasmian LRA Bukit Chupak yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud di sini hari ini.

Jaseni memberitahu, beberapa kawasan sebelum ini bergelut dengan tekanan air rendah, gangguan bekalan berulang dan bergantung kepada sumber alternatif terutama ketika musim kemarau.

Ujarnya, loji tersebut siap sepenuhnya pada 28 April lalu itu kini memberi perubahan besar kepada kehidupan penduduk yang sekian lama menanggung kesukaran mendapatkan bekalan air bersih. – KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search