PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI SARAWAK HARI KELIMA

OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI SARAWAK HARI KELIMA | 7 SEPTEMBER 2026
 
📍 Pangkalan Udara Kuching
 
Hari kelima Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Negeri Sarawak dilaksanakan bermula pada jam 1.00 tengah hari dengan memberi tumpuan kepada kawasan Empangan Batang Ai. Sebanyak 6,000 liter air garam digunakan untuk semburan bagi pembenihan awan yang berpotensi menghasilkan hujan di kawasan tadahan air.
 
Kerajaan melalui NADMA dengan kerjasama MET Malaysia, APM, ATM, UKPS, TUDM, MET Sarawak, Sarawak Energy Berhad (SEB), Sarawak Water Sdn Bhd (SWSB), CAAM dan No. 14 Skuadron TUDM telah berusaha menyelaras operasi ini sebagai salah satu ikhtiar untuk membantu meningkatkan paras air empangan serta menyokong keperluan bekalan air dan penjanaan tenaga hidroelektrik serta mengurangkan impak jerebu di beberapa kawasan di negeri ini.
 
Operasi hari terakhir selesai pada jam 2.35 petang.
 
Keadaan jerebu di Negeri Sarawak masih memerlukan perhatian susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar namun menunjukkan penambahbaikan di beberapa kawasan.
 
NADMA komited untuk terus menyelaras tindakan kesiapsiagaan dan pengurusan bencana bersama semua agensi berkaitan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search