𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐌𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐋𝐄𝐘 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐌𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐋𝐄𝐘 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
SABAH, 7 September 2026 — Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuh penyelarasan kesiapsiagaan dan pemulihan infrastruktur kritikal menerusi sesi perbincangan serta lawatan tapak berkaitan Majlis Penyerahan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge). Sesi dipengerusikan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hj. Ag. Shahminan Datuk Hj. Ag. Sahari dan disertai delegasi NADMA yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Tn. Saiful Yazan bin Alwi.
NADMA telah menyerahkan tiga (3) set Bailey Bridge kepada Negeri Sabah sebagai inisiatif kesiapsiagaan bagi memastikan akses perhubungan dapat dipulihkan dengan segera sekiranya berlaku kerosakan akibat banjir, tanah runtuh dan hakisan tebing sungai. Delegasi turut meninjau lokasi jambatan di Sungai Kaiduan, Papar bagi melihat keadaan semasa serta aspek teknikal di lapangan. Inisiatif ini dapat menyokong kelancaran pergerakan penduduk, penghantaran bantuan dan operasi pemulihan pascabencana.
