OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI SARAWAK HARI KETIGA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI SARAWAK HARI KETIGA | 5 SEPTEMBER 2026
Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi Negeri Sarawak memasuki hari ketiga hari ini, dengan operasi bermula pada jam 1.00 tengah hari dan membawa muatan sebanyak empat tangki larutan air garam.
Bagi operasi hari ini, kawasan tumpuan pembenihan awan meliputi sekitar Empangan Bengoh, Empangan Batang Ai, Empangan Murum (Kapit) dan seterusnya kawasan Serian.
Sepanjang tiga hari operasi dilaksanakan, hujan telah direkodkan di beberapa kawasan sasaran. Bagaimanapun, jumlah taburan hujan yang diterima masih belum mencukupi untuk meningkatkan paras air di empangan-empangan utama secara ketara.
Dalam masa yang sama, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan penurunan yang ketara hari ini, khususnya di Bahagian Serian.
OPA ini dilaksanakan sebagai salah satu langkah penyelarasan bagi membantu meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan air dan empangan yang terjejas, di samping membantu mengurangkan impak jerebu yang sedang berlaku di Negeri Sarawak.
Operasi hari ini selesai pada jam 5.00 petang.
NADMA bersama agensi-agensi berkaitan akan terus memantau keadaan dan menyelaras tindakan yang bersesuaian berdasarkan keperluan semasa.
