Kepenatan ekstrem cabar pasukan SAR
- Admin UKK
- Berita
JAKARTA, 8 Dis: Ketua agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas), Mohammad Syafii mendedahkan pasukan SAR gabungan yang bertugas tanpa henti dalam operasi tindak balas darurat bencana di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat kini mengalami keletihan amat serius.
Menurutnya, pasukan SAR berada di lokasi bencana sejak 25 November lepas secara berterusan, berdepan keadaan medan sukar, gangguan komunikasi dan cuaca ekstrem yang menuntut stamina luar biasa setiap anggota.
“Anggota SAR menghadapi cabaran tersendiri apabila mereka bergerak ke beberapa lokasi. Mereka perlu berjalan kaki dalam keadaan terpencil, tanpa komunikasi dan sebenarnya selepas tiga hari mereka sudah mula mengalami keletihan melampau,” katanya.
Beliau turut memaklumkan ramai anggota SAR bertugas lebih daripada 72 jam tanpa rehat ketika banjir besar dan tanah runtuh berlaku serentak.
Bagi mengatasi keadaan tersebut, Basarnas menambah kekuatan pasukan dengan mengerahkan pasukan simpanan untuk menggantikan petugas yang keletihan termasuk penglibatan tentera dan polis.
Sementara itu beban tugas meningkat susulan banyak desa terputus hubungan dan hanya boleh dicapai melalui udara sehingga memaksa pasukan SAR melakukan operasi pemindahan menggunakan helikopter berkali-kali dalam sehari.
Syafii berkata, keselamatan petugas tetap menjadi keutamaan dan proses putaran anggota kini dilaksanakan secara berkala bagi memastikan mutu operasi tetap terjaga dan mengelak risiko kemalangan.-TVS
KUCHING, 8 Dis: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menasihatkan orang ramai, khususnya di kawasan Kuching, Serian, Sri Aman, Samarahan dan Betong, supaya mengambil langkah keselamatan segera berikutan peningkatan status amaran hujan kepada peringkat jingga sehingga 9 Disember.
Pengarah METMalaysia Sarawak, Khairul Najib Ibrahim, berkata hujan berterusan pula dijangka berlaku di negeri Sarawak: Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) sehingga Selasa, 9 Disember.
“Orang ramai disarankan supaya sentiasa peka dengan perkembangan terkini mengenai keadaan cuaca di Sarawak dan mendapatkan maklumat tepat daripada sumber sahih, termasuk agensi bencana yang diiktiraf seperti METMalaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.
Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk memberikan kerjasama penuh serta menaruh kepercayaan kepada semua agensi Pengurusan Bencana dalam menguruskan situasi semasa.
KUALA LUMPUR, Dec 8 — Around 20,000 slopes nationwide are being monitored to safeguard road infrastructure, with 3,000 identified as high-risk, Deputy Works Minister Datuk Seri Ahmad Maslan told the Dewan Negara today.
According to the New Straits Times, the sites are overseen by the Public Works Department’s Slope Engineering Branch.
“These 3,000 slopes are classified as ‘red’ and are monitored closely to ensure they do not collapse, or if they do, they do not cause harm,” Ahmad Maslan was quoted as saying.
He added that government funding covers both preventive stabilisation and repairs to damaged slopes. The Disaster Operations Room is activated during the rainy season to ensure swift response to landslide incidents.
Masjid penuh kayu balak, lumpur
- Admin UKK
- Berita
JAKARTA – Sebuah masjid di Tapanuli Selatan, wilayah Sumatera Utara mengundang perhatian orang ramai kerana dipenuhi serpihan kayu balak yang dihanyutkan arus banjir dan tanah runtuh, lapor portal berita Netral News.
Kejadian berlaku di Masjid Taqwa Garoga, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @affandinofri menunjukkan pekarangan masjid dikelilingi lumpur yang keras.
Perakam terkejut apabila menemui timbunan kayu balak serta ranting berselerakan di seluruh ruang solat. Meskipun dibadai banjir lumpur, masjid itu masih teguh.
Penduduk tempatan dilihat bergotong-royong memindahkan serpihan dan membersihkan masjid. Rakaman itu mencatatkan lebih 146,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Macam mana kayu sebanyak itu boleh masuk dalam masjid?” kata seorang netizen.
“Tingkap tidak pecah tapi kayu boleh masuk. Hebat kuasa Allah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
IPOH: Penggunaan pam air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dilihat secara efektif berupaya menyelesaikan masalah banjir genang atau banjir termenung yang masih melanda di beberapa tempat di Perak.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keberkesanan penggunaan pam itu bagaimanapun bergantung kepada paras air sungai bagi air banjir yang dialurkan.
"Semalam saya tengok Yang Berhormat Azman Noh (Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Baharu) tunjukkan bagaimana JPS menyedut air daripada kawasan banjir keluar. Keberkesanannya bergantung pula kepada sungai yang kita masukkan air itu.
"Kalau air sungai itu pun tinggi maka tak ada maknalah. Tetapi sekarang nampak yang (kaedah) itu efektif, ia sedut air daripada kawasan banjir keluar ke sungai sebelum mengalir ke laut," katanya.
Saarani berkata demikian pada sidang media Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Siri 8 Tahun 2025 di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Sebanyak 185 aduan diterima sepanjang program berkenaan.
Saarani berkata, kerajaan negeri sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi gelombang kedua banjir akibat Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini, termasuk menerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri (SDCC) yang diaktifkan bermula November lalu.
Katanya, SDCC yang beroperasi di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak membolehkan agensi yang menguruskan bencana di peringkat daerah berhubung terus secara masa nyata dengan pusat kawalan bagi penyelarasan agihan bantuan serta operasi menyelamat mangsa dikoordinasikan.
Sementara itu, Ahmad Suaidi berkata, SDCC yang diaktifkan sewaktu gelombang pertama banjir November lalu efektif memantau dan menyelaraskan pergerakan aset bagi operasi menyelamat membabitkan pelbagai agensi.
"Kekangan sebelum ini, aset ada di daerah lain tetapi berlaku (banjir) di daerah lain. Jadi paling penting adalah melihat bagaimana untuk koordinasikan ia dengan pemantauan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pasukan daripada SUK.
"Alhamdulillah untuk banjir baru-baru ini kita berjaya menggerakkan pasukan daripada Angkata Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk membantu," katanya.
Ahmad Suaidi berkata, SDCC Perak membabitkan koordinasi sumber manusia seramai 5,676 anggota, aset serta logistik dengan 374 pikap; 97 ambulans; 251 lori; 251 bot; 1,491 jaket keselamatan dan 4,418 khemah.
Sehingga petang ini, seramai 487 mangsa daripada 140 keluarga masih berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh Perak susulan banjir yang melanda tiga daerah iaitu Manjung, Hilir Perak, dan Bagan Datuk.
