PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Malaysia Day celebrations to proceed indoors in Kuching amid haze, says Fahmi

PUTRAJAYA (Sept 2): Malaysia Day 2026 celebrations on Sept 16 will be held as scheduled at the Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak, but outdoor events cannot be held due to the worrying haze situation in Kuching and Serian.

Communications Minister and chairman of the 2026 National Day and Malaysia Day Celebrations (HKHM) Main Committee Datuk Seri Fahmi Fadzil said the decision was made after taking into account the haze situation in both areas.

“The Cabinet also took note that the rather worrying haze situation in Kuching and Serian means that outdoor events cannot proceed.

“But the Malaysia Day celebrations will be held indoors on the evening of Sept 16,” he told a post-Cabinet meeting press conference here today.

Fahmi also said the Cabinet was informed by the Natural Resources and Environmental Sustainability Ministry today that the cloud-seeding operation in Sarawak could not proceed as the cloud formations currently detected were unsuitable, due to wind movements that could potentially carry the clouds towards the South China Sea.
 

“So, if cloud seeding were carried out, the rain would not fall in the areas where it is needed,” he said.

Three areas in Sarawak recorded hazardous Air Pollutant Index readings as of 8 am today, with the Serian District Police Headquarters recording the highest reading at 320, followed by Kuching (318) and Samarahan (302).

 

Meanwhile, Fahmi said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim expressed his appreciation and congratulations to the entire team that successfully organised the 2026 National Day celebrations at Dataran Putrajaya on Monday.

He said more than 100,000 people attended the celebrations, while more than 10,000 people participated as contingents and in the human graphic formation performance.

“We believe the programmes held alongside the main celebrations also provided visitors to Putrajaya with a new and positive experience in conjunction with National Day,” he said. – Bernama

Wanita minta bantuan semak mangsa banjir Nepal dipercayai mirip adiknya

KUALA LUMPUR: Seorang wanita memohon bantuan untuk membuat semakan keberadaan adik lelakinya susulan perkongsian gambar usaha mencari dan menyelamat mangsa banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan sempadan Nepal-Tibet menyerupai adiknya.

Menerusi hantaran di Threads, wanita berkenaan, asmaliza11 berkongsi semula hantaran mengenai operasi menyelamat mangsa banjir di Rasuwa yang turut memaparkan beberapa individu diselamatkan pasukan penyelamat.

Wanita itu dipercayai memohon bantuan individu yang berada di lokasi berkenaan untuk membuat semakan sama ada individu dalam gambar yang dikongsinya adalah adiknya.

"Gambar pertama itu macam adik saya. Kalau ada yang di sana boleh tolong 'cross check' tak? Adik saya Zaki," tulisnya dalam hantaran itu

Bagaimanapun, setakat ini, belum dapat dipastikan identiti individu yang dipaparkan dalam gambar berkenaan atau sama ada Zaki adalah antara warga asing yang diselamatkan.

Dalam hantaran thread langtangvalley.nepal, menyatakan seramai 3,021 orang diselamatkan dari kawasan terjejas akibat banjir di Rasuwa, termasuk 338 warga asing dan operasi menyelamat masih diteruskan.

Untuk rekod tiga pendaki Malaysia antara rakyat negara ini yang dilaporkan hilang susulan banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan sempadan Nepal-Tibet, Rabu lalu.

Tiga pendaki itu ialah Muhammad Muhaimin Azhad Noor Hadi, 27, Muhammad Adib Haikal Awang Mansor, 27, dan Muhammad Zaki Othman, 29, dilaporkan gagal dihubungi ketika menjalankan aktiviti pendakian di Langtang Valley.

Banjir Nepal: 77 rakyat Malaysia dibawa pulang

PUTRAJAYA: Seramai 77 rakyat Malaysia yang dikesan berada di Tibet dan Nepal telah dibawa ke Kathmandu bagi menjalani proses repatriasi sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Jurucakap Kerajaan Perpa­duan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, bagaimanapun setakat ini terdapat 55 rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan susulan bencana yang berlaku di negara berkenaan.

“Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) telah memaklumkan bahawa terdapat 55 orang warganegara Malaysia yang masih belum dapat dikesan manakala terdapat 77 orang rak­yat Malaysia yang telah dikesan di Tibet dan Nepal.

“Mereka telah dibawa ke Kathmandu untuk proses repatriasi untuk dipulangkan, untuk kembali ke Malaysia,” katanya semasa sidang akhbar di sini semalam.

Pada 26 Ogos lalu, runtuhan glasier dan tanah runtuh dipercayai menjadi punca banjir kilat dahsyat yang melanda sempadan Nepal-China.

Sehingga semalam, angka korban bencana itu dilaporkan meningkat kepada 1,130 orang manakala 4,462 lagi termasuk 844 warga asing masih hilang.

Mengulas lanjut, Fahmi ber­kata, Jemaah Menteri turut mengambil maklum keputusan Perdana Menteri meluluskan sumbangan sebanyak AS$1 juta bagi membantu kerja-kerja kemanusiaan di Nepal.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan seorang Menteri Bangladesh bahawa Malaysia merancang untuk mengambil 200,000 pekerja daripada negara itu, Fahmi menjelaskan bahawa perkara tersebut bukan lah pendirian rasmi kerajaan Bangladesh.

“Saya ada berhubung dengan Menteri Sumber Manusia mengenai perkara tersebut dan beliau memaklumkan bahawa itu bukan kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan Bangladesh.

“Ia telah dikeluarkan oleh seseorang, saya difahamkan seorang junior minister. Jadi bukan mewakili keputusan rasmi pihak kerajaan Bangladesh. Ini dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia, jadi ia bukan pendirian rasmi,” katanya.

Sementara itu, sebarang acara yang sepatutnya berlangsung di luar bangunan sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini di Sarawak tidak akan diteruskan susulan keadaan jerebu yang membimbangkan di Kuching dan Serian.

Fahmi berkata, bagaimanapun sambutan Hari Malaysia akan tetap diadakan pada sebelah malam di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) secara di dalam bangunan.-UTUSAN.

Angka kematian banjir kilat di sempadan Nepal-China cecah 1,220, hampir 4,800 masih hilang

ISLAMABAD, 3 Sept: Angka kematian akibat banjir kilat dan gelongsoran lumpur dahsyat minggu lalu di sempadan China-Nepal meningkat kepada 1,220 orang manakala hampir 4,762 orang termasuk 844 warga asing masih hilang, lapor Anadolu Ajansi memetik data rasmi terkini pada Rabu.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurangan Risiko dan Pengurusan Bencana Kebangsaan Nepal, 1,204 mayat ditemukan di Nepal sejak banjir kilat besar melanda negara Himalaya itu pada 26 Ogos manakala 301 orang cedera dan kira-kira 4,216 masih hilang.

Pihak berkuasa Nepal berkata kira-kira 900 anggota yang ditempatkan di beberapa stesen jana kuasa hidroelektrik di negara itu masih hilang.

Pihak berkuasa berkata seramai 11,993 orang diselamatkan dari kawasan yang dilanda banjir, manakala 21,314 anggota keselamatan termasuk tentera dan polis dikerahkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan.

Kira-kira 1.6 juta orang terjejas akibat banjir kilat di Nepal, menurut mereka.

Sekurang-kurangnya 16 orang maut di bahagian sempadan China manakala 546 masih hilang termasuk 261 warga asing, menurut Xinhua News.

Akses jalan ke kawasan utama Pelabuhan Gyirong di Tibet, yang dinamakan China sebagai Wilayah Autonomi Xizang, dipulihkan pada Rabu selepas kerja pembaikan “sepanjang masa” dilakukan selama beberapa hari bagi membaiki lebuh raya yang rosak, lapor Xinhua News yang berpangkalan di Beijing.

Pasukan penyelamat, bekalan bantuan dan sebahagian peralatan menyelamat memasuki kawasan utama operasi melalui jalan yang dibaiki itu.

Pasukan Bantuan Bencana Korea Selatan seramai 44 anggota tiba di Nepal pada Rabu bagi membantu mencari mangsa yang masih hilang. Sekurang-kurangnya sembilan warga Korea Selatan antara mereka yang masih hilang.

China turut menghantar pakarnya selain dron, peranti serta reagen ujian DNA, peralatan penulenan air dan kelengkapan pencahayaan, lapor media kerajaan.

India turut menghantar pakar analisis DNA.

Bencana itu berlaku pada 26 Ogos apabila glasier di Gunung Langtang Lirung, Nepal, pecah pada ketinggian kira-kira 5,200 meter (17,060 kaki), mencetuskan runtuhan ais dan batu yang kemudian berkembang menjadi aliran puing besar serta melanda lembah di sepanjang sempadan.

Aliran air yang besar bersama gelongsoran lumpur memusnahkan kawasan Rasuwa, Nuwakot, Dhading, Kavre dan Lembah Kathmandu di Nepal, selain menimbus lintasan sempadan Gyirong dengan Nepal di barat daya Tibet, yang juga dikenali sebagai Wilayah Autonomi Xizang, di pihak China.-TVS

4 kampung di Baling terjejas limpahan air sungai hujan lebat

BALING: Hujan lebat berterusan hampir empat jam di daerah ini semalam menyebabkan Sungai Iboi melimpah hingga mengakibatkan empat kampung terjejas dinaiki air, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata antara kawasan terbabit adalah Kampung Iboi, Kampung Sadek, Kampung Bendang Bechah dan Sriti Kupang.

Beliau berkata, bilik kawalan BBP Baling menerima panggilan berhubung kejadian limpahan air di jambatan Kampung Iboi pada jam 8.05 malam tadi.

"Saya bersama sepasukan anggota BBP Baling melakukan pemantauan di lokasi yang terjejas dan mendapati berlaku limpahan air serta arus deras dari Sungai Iboi dan Lata Celak.

"Keadaan itu berisiko kepada penempatan rendah dan berhampiran sungai namun tiada mangsa di situ, " katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zulkhairi berkata, pada jam 9 malam, anggota operasi mendapat maklumat terdapat beberapa rumah di Kampung Bendang, Lorong Penghulu Hassan mula dimasuki air kesan dari arus Sungai Iboi.

Beliau berkata, terdapat enam rumah kediaman penduduk di situ yang dinaiki air akibat limpahan sungai berkenaan.

"Kesemua mangsa dalam keadaan selamat dan tidak dipindahkan kerana trend air mulai surut walaupun arus sungai di kawasan rumah masing-masing masih lagi laju dan berisiko.

"Kami turut memberi khidmat nasihat kepada penduduk kepada mangsa supaya peka perubahan cuaca dan risiko persekitaran di luar jangka, " katanya.

Zulkhairi berkata, hasil pemantauan di Jambatan Kampung Sadek dan Sriti Kupang mendapati tiada mangsa yang terbabit, namun penduduk dinasihatkan berhati-hati kerana arus sungai sangat laju dan tinggi.

Katanya, BBP Baling sentiasa bersiap sedia termasuk 33 anggota, aset dan jentera untuk melakukan pemantauan setiap tiga jam secara berterusan dari Kampung Iboi ke Kampung Sadek dan Taman Mesra di Kupang.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search