SHAH ALAM: An 11-member Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (Smart) has departed for Nepal today to assist in a humanitarian mission following devastating floods that hit the country.
The team departed from the Subang Air Base at about 9am aboard a Royal Malaysian Air Force (RMAF) A400M aircraft, carrying various equipment, including communications gear.
Smart mission commander Commander Abdul Manaf Che Isa said the team would travel to Kathmandu before awaiting further instructions to proceed to locations designated by the Nepalese authorities.
"Smart has a very clear mission, which is humanitarian in nature. We have also brought specialised equipment in preparation for rescue operations in tunnels, including communications equipment.
Earlier, media reports said the government had decided to deploy Smart to Nepal to assist in search and rescue (SAR) operations following the massive floods that struck the country on Aug 26.
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim was reported to have said the National Security Council (NSC) and National Disaster Management Agency (Nadma), in collaboration with the Foreign Ministry, had been tasked with coordinating with the Nepalese government to enable the team to be deployed as soon as possible.
Kuala Lumpur: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang terdiri daripada 11 anggota akan dihantar ke Nepal seawal esok.
Pasukan berkenaan akan dilengkapi dengan dron berkeupayaan tinggi dan peralatan khusus bagi membantu operasi yang dikendalikan oleh pihak berkuasa Nepal di kawasan yang memerlukan kepakaran teknikal serta keupayaan operasi khusus.
Kementerian Luar dalam kenyataannya berkata, ia susulan kelulusan rasmi oleh kerajaan Nepal dan tertakluk kepada keperluan operasi serta keadaan keselamatan.
Katanya, pasukan sokongan tambahan Kementerian Luar juga sudah tiba di Kathmandu dan sedang membantu Kedutaan Besar Malaysia dalam penyelarasan dengan pihak berkuasa di Nepal berhubung usaha pencarian serta pengecaman rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi.
"Di Malaysia, persediaan berkaitan proses pengecaman juga sedang dilaksanakan, termasuk pengambilan dan analisis sampel DNA daripada waris terdekat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kimia Malaysia dengan penyelarasan oleh kementerian.
"Kerajaan juga akan menyalurkan bantuan kemanusiaan berjumlah AS$1 juta (RM4.04 juta) kepada Nepal seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kementerian menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sementara usaha untuk mendapatkan kepastian mengenai keselamatan dan lokasi rakyat Malaysia yang terbabit masih diteruskan," katanya.
Menurut Wisma Putra lagi, sehingga hari ini rekod semasa kementerian kekal 55 rakyat Malaysia yang dilapor masih gagal dihubungi.
"Maklumat mengenai kes individu terus disampaikan secara langsung kepada keluarga masing-masing, manakala perkembangan yang dimaklumkan kepada orang ramai tertumpu kepada maklumat yang sudah disahkan dan boleh dikongsi secara lebih meluas," katanya.
Sementara itu, Wisma Putra juga terus mendapatkan pengesahan melalui saluran diplomatik dengan Kerajaan China berhubung kemungkinan pertindihan antara laporan mengenai rakyat Malaysia di Nepal dengan laporan mengenai rakyat Malaysia di Tibet, China.
Katanya, Kedutaan Besar Malaysia di Beijing kekal berhubung dengan pihak berkuasa China, manakala kementerian turut berhubung dengan Kedutaan Besar China di Kuala Lumpur bagi mendapatkan penjelasan rasmi.
"Malaysia juga bersedia menyediakan kepakaran mencari dan menyelamat yang bersesuaian sekiranya bantuan itu diperlukan oleh pihak berkuasa China," katanya.
Tindak balas Malaysia terhadap bencana berkenaan diselaraskan Kementerian Luar dengan sokongan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), PDRM, Jabatan Kimia Malaysia dan agensi-agensi berkaitan.
SUBANG - Kawasan terakhir rakyat Malaysia dikesan menjadi tumpuan utama Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) di Nepal.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Meor Ismail Meor Akim berkata, bagaimanapun, keutamaan pasukan itu bukan hanya mencari rakyat Malaysia, sebaliknya menyelamatkan semua mangsa yang ditemui ketika operasi berkenaan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seramai 11 pegawai dan anggota SMART berlepas ke Nepal bagi membantu operasi SAR susulan kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda negara berkenaan.
Pasukan itu diketuai Komander Kontinjen, Penguasa Kanan Bomba 1 Abdul Manaf Che Isa dan berlepas kira-kira jam 9 pagi menggunakan pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Menurut Meor Ismail, operasi SMART itu bermula selepas mendapat kelulusan daripada kerajaan Nepal dan dijadualkan berlangsung selama 10 hari.
"Kekuatan pasukan diketuai seorang komander dan 10 anggota yang terdiri daripada anggota pelbagai kemahiran atau multi-skill.
"Antaranya kepakaran mencari dan menyelamat, operasi dron, logistik, komunikasi serta sokongan teknikal," katanya.
Beliau berkata, pasukan berkenaan turut membawa kira-kira 12.4 tan peralatan bagi menyokong operasi SAR di lapangan.
Meor Ismail berkata, lokasi sebenar pergerakan pasukan SMART hanya akan ditentukan selepas mereka tiba di Nepal dan menerima taklimat daripada pihak berkuasa tempatan.
"Selepas itu, pihak berkenaan akan memberikan taklimat pengoperasian dan kita akan bergerak berdasarkan kawasan yang ditetapkan," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan gambaran awal diterima, pasukan SMART berkemungkinan digerakkan ke kawasan terowong, namun lokasi tepat masih belum dipastikan.
Dalam pada itu, Meor Ismail berkata, tempoh operasi ditetapkan selama 10 hari mengikut standard ditetapkan pasukan, selain misi berkenaan berteraskan aspek kemanusiaan.
"Kita ini ada standard kita, standard kita itu sahaja, kita lebih kepada kemanusiaan, kita membantu," katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada TUDM atas kerjasama diberikan dalam menjayakan operasi berkenaan, selain Kementerian Luar Negeri (KLN) yang membantu mendapatkan kelulusan untuk pasukan SMART menjalankan misi SAR di Nepal.
Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Jabatan Hubungan Dua Hala, Kementerian Luar Negeri, Choo Hwai Jeng.
Pesawat berkenaan dikendalikan Mission Commander TUDM, Leftenan Kolonel Phanom a/l Achuan bersama 31 kru TUDM.
Penerbangan ke Nepal itu dijangka mengambil masa kira-kira lima jam sebelum pasukan SMART meneruskan pergerakan ke kawasan operasi yang ditetapkan pihak berkuasa negara berkenaan.
SUBANG – Seramai 11 pegawai dan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) Malaysia berlepas ke Nepal pada Sabtu bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan kejadian banjir dan tanah runtuh di negara berkenaan.
Pasukan itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada kira-kira jam 9 pagi menggunakan pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Beliau mengetuai misi kemanusiaan itu yang turut membawa pelbagai kelengkapan operasi termasuk peralatan komunikasi.
Penerbangan ke Nepal dijangka mengambil masa kira-kira lima jam.
Misi berkenaan turut diselaraskan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian usaha Malaysia membantu negara berkenaan menangani bencana serta operasi menyelamat mangsa terjejas.
KOTA KINABALU, 3 Sept: Lima stesen pemantauan kualiti udara di Sabah mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 5 petang hari ini.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah, Nor Rashidah Mohd Ghazali berkata, berdasarkan rekod, bacaan tertinggi Indeks Pencemaran Udara (IPU) dicatatkan di Stesen Kota Kinabalu dan Stesen Politeknik dengan masing-masing mencecah 156.
Katanya, ia diikuti Stesen Kimanis (155), Stesen Keningau (154) dan Stesen Tawau (151), manakala Stesen Sandakan mencatatkan bacaan sederhana pada IPU 93.
“Keadaan jerebu di Sabah dipercayai dipengaruhi oleh jerebu rentas sempadan susulan kebakaran hutan dan tanah gambut di Kalimantan dengan asap dipercayai dibawa angin merentasi wilayah Borneo.
“Bagaimanapun, hasil rondaan JAS Sabah dan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pada hari ini mendapati tiada kejadian kebakaran besar lain dikesan atau dilaporkan di sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Beaufort, Sandakan dan Tawau,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, mengikut laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura, mengesahkan tiada titik panas (hotspot) dikesan di Sabah berdasarkan pemantauan satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20.
Bagaimanapun katanya, sebanyak 780 titik panas masih aktif di Kalimantan dan 142 di Sumatera berdasarkan cerapan setakat semalam.
Untuk rekod, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat manakala 201 hingga 300 sangat tidak sihat, 301 hingga 400 bahaya dan bacaan melebihi 400 hingga 500 sangat bahaya.
Dalam pada itu, Nor Rashidah menegaskan, JAS Sabah terus mempertingkatkan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan berpotensi berlaku pembakaran terbuka susulan keadaan cuaca panas dan kering.
Katanya, sebanyak 502 rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) telah dijalankan setakat ini dengan tumpuan diberikan kepada kawasan sensitif dan lokasi berhampiran stesen pemantauan kualiti udara.
“JAS menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan bacaan IPU terkini setiap jam menerusi laman sesawang rasmi JAS atau aplikasi MyJAS EQMS, selain mengikuti nasihat kesihatan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Orang ramai turut diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan segera melaporkan sebarang kejadian kebakaran atau pembakaran terbuka kepada JBPM melalui talian 999 atau JAS Sabah di talian 1-800-88-2727,” tegasnya. – TVS
