ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BENCANA DI BKN 2026!
Korang nak tengok jentera penyelamat dari dekat dan rasai sendiri situasi bencana secara nyata?
Jom serbu Zon Jentera & Immersive Zone di Bulan Kesiapsiagaan Bencana Negara (BKN) 2026!
Sekitar Hari Pertama di Bulan Kesiapsiagaan Bencana Negara (BKN) 2026!
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sekitar Hari Pertama di Bulan Kesiapsiagaan Bencana Negara (BKBN) 2026!
Meriah sungguh suasana hari ini! Pelbagai aktiviti menarik dan perkongsian ilmu kesiapsiagaan telah berlangsung.
Siapa yang tak sempat datang hari ini, jangan risau! Esok kita sambung lagi!
πππππ πππππππ πππππππ ππππππππππ ππππ ππππ πππππππππ ππππππ ππ ππππππππ | π πππππππ ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ πππππππ πππππππ ππππππππππ ππππ ππππ πππππππππ ππππππ ππ ππππππππ | π πππππππ ππππ
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di sekitar Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), No. 20 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor.
Operasi bermula pada jam 11.20 pagi dengan membawa empat tangki larutan garam dan berakhir pada jam 12.23 tengah hari. Kawasan sasaran pembenihan awan meliputi Port Klang, Klang, Kapar, Jeram, Bukit Rotan, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan. Pelaksanaan operasi ini merupakan antara langkah mitigasi bagi membantu mengurangkan kesan jerebu, khususnya bersempena lawatan rasmi Tuan Yang Terutama Abdel Fattah Al-Sisi, Presiden Republik Arab Mesir, ke Malaysia pada 9 hingga 10 Oktober 2026.
Usaha ini mencerminkan komitmen dan kerjasama strategik antara agensi dalam menangani situasi jerebu serta menyokong usaha menjaga kualiti udara demi kesihatan dan kesejahteraan orang awam. Turut hadir ialah Encik Yuzaimi bin Mahat, Pengarah Bahagian Sains, Atmosfera dan Pembenihan Awan, MET Malaysia ,DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, NADMA serta Encik Muhammad Izzat Haziq bin Mohd Nazir, Penolong Setiausaha (Bencana), Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, mewakili SUK Selangor.
πππππ ππππππππ πππππππππ ππππππππππ πππππππ πππ πππππ πππππππ ππππππππππππ πππππ πππππππ πππππππ ππππππ (ππππ)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππππππ πππππππππ ππππππππππ πππππππ πππ πππππ πππππππ ππππππππππππ πππππ πππππππ πππππππ ππππππ (ππππ)
Β
KUALA TERENGGANU, 4β6 Oktober 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus komited memperkukuh kecekapan pengurusan bencana di Zon Timur menerusi penganjuran Bengkel Pengukuhan Fungsi dan Peranan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) Zon Timur Tahun 2026 di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Bengkel selama tiga hari ini menghimpunkan 55 peserta daripada NADMA, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang serta agensi strategik pengurusan bencana. Anjuran bersama Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Terengganu ini menjadi platform untuk memperkukuh penyelarasan operasi, pengurusan Laporan Situasi (SITREP), perkongsian maklumat dan komunikasi antara agensi melalui sesi pembentangan, perbincangan, latihan simulasi serta lawatan teknikal ke SDCC Terengganu.
Β
Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Datoβ Jusman bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Terengganu, dan turut dihadiri oleh Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA. Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan NADMA dalam memperkasakan SDCC sebagai mekanisme penting pengurusan bencana negara, di samping memperkukuh kerjasama antara negeri dan agensi bagi memastikan kesiapsiagaan serta tindak balas bencana yang lebih sistematik, bersepadu dan berkesan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
πππππππππ ππππππ ππππ ππππππ πππππππ πππ ππππππππππππ, πππ ππ ππππ πππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππππππ ππππππ ππππ ππππππ πππππππ πππ ππππππππππππ, πππ ππ ππππ πππππ
Β
PUTRAJAYA, 5 Oktober 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerima kunjungan hormat Unit Bandar Ekonomi dan Penyelidikan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Pejabat NADMA, Setia Perkasa 5, Putrajaya. Kunjungan ini menjadi platform bagi memperkukuh hubungan dan membuka ruang perkongsian pandangan berkaitan pengurusan serta kesiapsiagaan bencana, khususnya dalam konteks peranan pihak berkuasa tempatan.
Β
Pertemuan ini turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai pendekatan, perancangan dan usaha yang boleh diperkasakan dalam meningkatkan kesiapsiagaan serta daya tahan komuniti bandar terhadap risiko bencana. NADMA menghargai komitmen MBI dalam menyokong usaha memperkukuh pengurusan risiko bencana secara bersepadu dan menyeluruh.
