πππππ ππππππππ πππππππππ ππππππππππ πππππππ πππ πππππ πππππππ ππππππππππππ πππππ πππππππ πππππππ ππππππ (ππππ)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππππππ πππππππππ ππππππππππ πππππππ πππ πππππ πππππππ ππππππππππππ πππππ πππππππ πππππππ ππππππ (ππππ)
Β
KUALA TERENGGANU, 4β6 Oktober 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus komited memperkukuh kecekapan pengurusan bencana di Zon Timur menerusi penganjuran Bengkel Pengukuhan Fungsi dan Peranan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) Zon Timur Tahun 2026 di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Bengkel selama tiga hari ini menghimpunkan 55 peserta daripada NADMA, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang serta agensi strategik pengurusan bencana. Anjuran bersama Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Terengganu ini menjadi platform untuk memperkukuh penyelarasan operasi, pengurusan Laporan Situasi (SITREP), perkongsian maklumat dan komunikasi antara agensi melalui sesi pembentangan, perbincangan, latihan simulasi serta lawatan teknikal ke SDCC Terengganu.
Β
Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Datoβ Jusman bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Terengganu, dan turut dihadiri oleh Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA. Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan NADMA dalam memperkasakan SDCC sebagai mekanisme penting pengurusan bencana negara, di samping memperkukuh kerjasama antara negeri dan agensi bagi memastikan kesiapsiagaan serta tindak balas bencana yang lebih sistematik, bersepadu dan berkesan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
