𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 | 𝟗 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 | 𝟗 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di sekitar Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), No. 20 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor.
Operasi bermula pada jam 11.20 pagi dengan membawa empat tangki larutan garam dan berakhir pada jam 12.23 tengah hari. Kawasan sasaran pembenihan awan meliputi Port Klang, Klang, Kapar, Jeram, Bukit Rotan, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan. Pelaksanaan operasi ini merupakan antara langkah mitigasi bagi membantu mengurangkan kesan jerebu, khususnya bersempena lawatan rasmi Tuan Yang Terutama Abdel Fattah Al-Sisi, Presiden Republik Arab Mesir, ke Malaysia pada 9 hingga 10 Oktober 2026.
Usaha ini mencerminkan komitmen dan kerjasama strategik antara agensi dalam menangani situasi jerebu serta menyokong usaha menjaga kualiti udara demi kesihatan dan kesejahteraan orang awam. Turut hadir ialah Encik Yuzaimi bin Mahat, Pengarah Bahagian Sains, Atmosfera dan Pembenihan Awan, MET Malaysia ,DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, NADMA serta Encik Muhammad Izzat Haziq bin Mohd Nazir, Penolong Setiausaha (Bencana), Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, mewakili SUK Selangor.
