𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐇𝐔𝐉𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 | 𝟏𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐇𝐔𝐉𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 | 𝟏𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
📍 Pangkalan Udara Subang
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta No. 20 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang beroperasi dari Pangkalan Udara Subang.
Operasi bermula pada jam 12.30 tengah hari dengan membawa empat tangki larutan garam sebelum berakhir pada jam 2.55 petang. Operasi ini menyasarkan kawasan Empangan Bukit Merah dan Empangan Temenggor bagi membantu meningkatkan potensi berlakunya hujan, sekali gus menyokong usaha mengekalkan sumber dan bekalan air di kawasan berkenaan.
Pelaksanaan OPA ini merupakan antara usaha proaktif dalam menghadapi perubahan keadaan cuaca serta memastikan pengurusan sumber air dilaksanakan secara berterusan. Kerjasama strategik antara agensi ini turut mencerminkan komitmen bersama dalam memanfaatkan pendekatan saintifik bagi menyokong keperluan sumber air negara.
