𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍, 𝐌𝐁𝐈 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍, 𝐌𝐁𝐈 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀
PUTRAJAYA, 5 Oktober 2026 — Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerima kunjungan hormat Unit Bandar Ekonomi dan Penyelidikan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Pejabat NADMA, Setia Perkasa 5, Putrajaya. Kunjungan ini menjadi platform bagi memperkukuh hubungan dan membuka ruang perkongsian pandangan berkaitan pengurusan serta kesiapsiagaan bencana, khususnya dalam konteks peranan pihak berkuasa tempatan.
Pertemuan ini turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai pendekatan, perancangan dan usaha yang boleh diperkasakan dalam meningkatkan kesiapsiagaan serta daya tahan komuniti bandar terhadap risiko bencana. NADMA menghargai komitmen MBI dalam menyokong usaha memperkukuh pengurusan risiko bencana secara bersepadu dan menyeluruh.
