PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

ππ€πƒπŒπ€β€“π…π€πŒπ€ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ ππ„πŒππ„πŠπ€π‹π€π 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 πŒπ€πŠπ€ππ€π 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀

ππ€πƒπŒπ€β€“π…π€πŒπ€ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ ππ„πŒππ„πŠπ€π‹π€π 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 πŒπ€πŠπ€ππ€π 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
Β 
PUTRAJAYA, 5 Oktober 2026 β€” Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tuan Faisal Iswardi Ismail, bersama delegasi FAMA di Pejabat NADMA, Setia Perkasa 5, Putrajaya. Kunjungan ini disambut oleh Ketua Pengarah NADMA, Dato’ Meor Ismail bin Meor Akim, dan menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama strategik NADMA–FAMA dalam aspek pembekalan Bantuan Makanan Bencana Negara.
Kerjasama yang terjalin sejak penubuhan NADMA pada tahun 2015 ini terus diperkasakan bagi menyokong kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027, termasuk memenuhi keperluan bantuan makanan ketika bencana serta pembekalan makanan retort kepada petugas operasi di lapangan. Kerjasama ini turut mencerminkan komitmen berterusan NADMA dan FAMA dalam memastikan bantuan makanan dapat disediakan dan disalurkan secara cekap, pantas serta berkesan kepada pihak yang memerlukan.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search