𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 | 𝟑 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di sekitar Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), No. 20 Skuadron TUDM serta agensi berkaitan.
Memasuki siri ke-16 dan hari ketiga pelaksanaan sejak 30 September 2026, operasi bermula pada jam 12.15 tengah hari dengan membawa empat tangki larutan garam dan berakhir pada jam 1.40 petang. Pelaksanaan pembenihan dibuat berdasarkan keadaan atmosfera serta potensi pembentukan awan yang bersesuaian bagi meningkatkan peluang berlakunya hujan.
OPA merupakan antara langkah mitigasi yang dilaksanakan bagi membantu mengurangkan impak jerebu dan memperbaiki keadaan kualiti udara, khususnya di kawasan yang terjejas. Keberkesanan operasi turut dipantau melalui data cerapan hujan dan keadaan cuaca semasa bagi memastikan tindakan susulan dapat dilaksanakan berdasarkan perkembangan terkini.
Kerjasama antara agensi ini mencerminkan kesiapsiagaan berterusan dalam menangani isu berkaitan cuaca dan kualiti udara demi melindungi kesihatan awam serta kesejahteraan masyarakat.
