PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈
 
PUTRAJAYA, 2 Oktober 2026 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan Mesyuarat Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 bersama syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato' Meor Ismail bin Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA, bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta penyelarasan komunikasi dalam menghadapi MTL 2026/2027.
Perbincangan memberi tumpuan kepada ramalan cuaca dan banjir sepanjang MTL serta pelaksanaan Sistem Amaran Awal (EWS), khususnya dalam memastikan maklumat dan amaran bencana dapat disampaikan kepada masyarakat dengan pantas dan berkesan, terutama di kawasan berisiko.
 
NADMA turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi, METMalaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta syarikat-syarikat telekomunikasi atas kerjasama dan komitmen berterusan. Sinergi antara semua pihak amat penting bagi memastikan penyampaian maklumat dan amaran bencana yang berkesan, sekali gus membolehkan masyarakat mengambil tindakan awal demi keselamatan diri dan keluarga.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search