𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐂 𝐑𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐍𝐆𝐆𝐎𝐑 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐂 𝐑𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐍𝐆𝐆𝐎𝐑 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
PERAK, 1 Oktober 2026 – Dato' Meor Ismail bin Meor Akim, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI di Kampung SC Redang Punggor, Langkap, Perak.
Pelaksanaan projek ini merangkumi pembinaan Mini Square, pembinaan longkang konkrit dan penyediaan kelengkapan bilik kuliah di Masjid Al-Hakim, kerja-kerja menaik taraf Dewan Orang Ramai serta inisiatif kelestarian alam sekitar menerusi pemasangan lampu jalan solar di sekitar kampung dan panel solar di masjid berkenaan.
NADMA merakamkan penghargaan kepada semua agensi Kerajaan, pihak pelaksana, pemimpin masyarakat, serta warga Kampung SC Redang Punggor atas sinergi yang dizahirkan. Segala infrastruktur yang dibangunkan ini diharap dapat dimanfaatkan serta diselenggarakan dengan baik sebagai pelaburan jangka panjang ke arah pembentukan komuniti yang sejahtera, mampan, dan berdaya tahan.
