PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 | 𝟏 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 | 𝟏 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
📍 Pangkalan Udara Subang
 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan sasaran sekitar Negeri Selangor dan Negeri Sembilan, dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta No. 20 Skuadron, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
 
OPA bermula pada jam 12.25 tengah hari dengan membawa empat tangki larutan garam, melibatkan kawasan sasaran Kajang dan Jelebu, sebelum operasi berakhir pada jam 1.25 petang. Pelaksanaan operasi mengambil kira keadaan cuaca dan potensi pembentukan awan yang sesuai, manakala keberkesanannya akan dinilai berdasarkan data taburan hujan dan pemantauan kawasan tadahan. Inisiatif ini merupakan antara langkah mengurangkan impak jerebu kepada kesihatan awam serta aktiviti harian di sekitar kawasan tersebut.
 
Secara keseluruhannya, OPA pada 30 September dan 1 Oktober 2026 berjaya membantu menurunkan hujan di kesemua negeri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan di beberapa daerah di Negeri Selangor.
 
Data daripada stesen cerapan dan produk Radar QPE (Quantitative Precipitation Estimation) pada resolusi data tinggi 1 kilometer (km) menunjukkan pola taburan anggaran hujan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan sekitar daerah Negeri Selangor adalah dengan jumlah hujan 0.4mm/h dari jam 3.00 petang sehingga 8.00 malam melalui tolok hujan di Stesen Meteorologi Sepang, L.T.A KLIA.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search