PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕
 
PUTRAJAYA, 17 NOVEMBER – Kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 memerlukan penglibatan dan kerjasama seluruh masyarakat, termasuk badan bukan kerajaan (NGO), institusi akademia dan sektor korporat. Sehubungan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menganjurkan Taklimat Persediaan Rakan NADMA dalam Menghadapi MTL 2026/2027 di Hotel Dorsett Putrajaya bagi memperkukuh penyelarasan peranan dan kesiapsiagaan rakan strategik dalam pengurusan bencana, selaras dengan Dasar Pengurangan Risiko Bencana 2030 (DRR2030).
 
Taklimat yang menghimpunkan wakil daripada 50 pertubuhan Rakan NADMA ini turut memberi penekanan kepada Ramalan MTL 2026/2027 serta Peranan NGO di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Negeri. Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA, Datuk Hj. Hussain bin Moh dalam ucapan alu-aluannya menegaskan bahawa sumbangan Rakan NADMA amat penting sepanjang keseluruhan kitaran pengurusan bencana, merangkumi aspek kesiapsiagaan, tindak balas dan pemulihan, bukan sekadar penyaluran bantuan makanan.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search