PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍
 
KUALA LUMPUR, 11 NOVEMBER – Keselamatan dalam setiap aktiviti lapangan, khususnya yang melibatkan bahan biologi dan agen berjangkit, memerlukan penilaian risiko yang teliti bagi mengelakkan kejadian tidak diingini serta melindungi keselamatan individu dan masyarakat. Sehubungan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyertai Bengkel Semakan Borang Penilaian Risiko Aktiviti Lapangan anjuran Institutional Biosafety and Biosecurity (IBBC), Universiti Malaya di Wisma R&D, Universiti Malaya. Bengkel ini bertujuan menambah baik borang penilaian agar lebih menyeluruh, praktikal dan sesuai digunakan dalam mengenal pasti serta mengurus risiko sebelum sesuatu aktiviti lapangan dilaksanakan.
 
NADMA diwakili oleh Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO) yang dijemput untuk berkongsi pandangan dan pengalaman praktikal dalam pembangunan borang berkenaan. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada maklum balas penggunaan borang, mengenal pasti jurang serta mencadangkan penambahbaikan bagi memastikan risiko dapat dikenal pasti lebih awal dan langkah keselamatan yang bersesuaian dapat diambil. Usaha ini penting dalam menyokong pelaksanaan aktiviti lapangan yang lebih selamat, teratur dan bertanggungjawab demi melindungi kesejahteraan semua pihak.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search