𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐑𝐈𝐍𝐓𝐈𝐒 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑𝐀𝐓
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐑𝐈𝐍𝐓𝐈𝐒 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑𝐀𝐓
SARAWAK, 10 NOVEMBER – Kesiapsiagaan dan penyelarasan pengurusan bencana yang berkesan amat penting bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara, khususnya menjelang Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027. Sehubungan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah melaksanakan Lawatan Kerja bagi Projek Rintis Inspektorat Pengurusan Operasi Bencana di Negeri Sarawak Tahun 2026 bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (SDCC). Inisiatif ini bertujuan menilai tahap keupayaan, kesiapsiagaan dan keberkesanan pengurusan operasi bencana di peringkat negeri serta mengenal pasti aspek yang memerlukan penambahbaikan.
Penilaian ini memberi tumpuan kepada enam (6) komponen utama iaitu kewangan, sumber manusia, logistik dan bekalan, komunikasi, fasiliti dan infrastruktur serta pengurusan maklumat. Penelitian turut melibatkan kawasan hotspot banjir di Daerah Selangau, Bintulu dan Serian bagi mengenal pasti keperluan, cabaran serta jurang keupayaan pengurusan bencana berdasarkan risiko setempat. NADMA diwakili oleh DCP Datuk Mazli bin Mazlan selaku ketua delegasi dan Arjunaidi bin Ismail. Dapatan projek rintis ini akan menjadi asas kepada penambahbaikan mekanisme penyelarasan dan pemantauan pengurusan bencana, sekali gus membantu memastikan agensi berkaitan lebih bersedia, sumber dapat digerakkan dengan berkesan dan tindakan dapat dilaksanakan secara tersusun demi melindungi keselamatan rakyat.
