PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
 
PERAK, 30 September 2026 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus menyokong pembangunan pendidikan digital menerusi Program Sekolah Angkat MADANI (SAM) di SMK Seri Perak, Teluk Intan, Perak. Majlis Peluncuran telah disempurnakan oleh Dato' Meor Ismail bin Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA, dengan pendekatan Whole-of-Government yang menggabungkan kerjasama kementerian, jabatan, pihak sekolah dan komuniti.
Inisiatif ini melibatkan naik taraf infrastruktur serta penyediaan kemudahan pembelajaran digital termasuk papan pintar, tablet, sistem CCTV, Wi-Fi berkelajuan tinggi dan sistem pengurusan serta kehadiran pelajar. Kemudahan tersebut diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi membudayakan pembelajaran yang lebih kreatif, inovatif dan berteraskan teknologi, sekali gus menyokong usaha melahirkan generasi berilmu, berkemahiran dan berdaya tahan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search