PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

ππ€πƒπŒπ€ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πƒπ€π˜π€ 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ π‚ππƒπ‘πŒ πƒπˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ†

ππ€πƒπŒπ€ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πƒπ€π˜π€ 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ π‚ππƒπ‘πŒ πƒπˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ†

PULAU PINANG, 27 September 2026 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh kesiapsiagaan komuniti melalui pelaksanaan Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) dengan kerjasama Unit Pengurusan Bencana, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Persatuan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADIM). Program yang melibatkan lima daerah di Pulau Pinang itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasa komuniti mengenal pasti risiko, membuat persediaan dan mengambil tindakan awal ketika berdepan bencana.

Program tersebut menghimpunkan lebih 397 peserta terdiri daripada ketua kampung dan wakil komuniti, manakala majlis penutup turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Dr. Jafri bin Abdul Jalil serta Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA, Datuk Hj Hussain bin Moh. Pelaksanaan CBDRM ini menyokong pendekatan whole-of-society dalam pengurusan risiko bencana bagi membentuk komuniti yang lebih bersedia, berdaya tahan dan mampu memainkan peranan aktif di peringkat setempat.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search