πππππππππ ππππππ ππππππππππ πππππππ ππππππ (ππππ) πππ. π/ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππππππ ππππππ ππππππππππ πππππππ ππππππ (ππππ) πππ. π/ππππ
Β
PUTRAJAYA, 19 Oktober 2026 β YAB Datoβ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pengurusan Bencana Negara (MPBN) Bil. 1/2026 di Pejabat Perdana Menteri. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat pertama MPBN sejak penubuhannya diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 8 April 2026, sekali gus menjadi platform penting dalam memperkukuh tadbir urus dan penyelarasan strategik pengurusan bencana di peringkat tertinggi Kerajaan.
Β
Mesyuarat ini turut membincangkan situasi semasa jerebu, persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 serta jangkaan impak fenomena El NiΓ±o terhadap negara. Perbincangan memberi penekanan kepada penyelarasan kesiapsiagaan dan operasi antara agensi Persekutuan dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan tindakan yang lebih terancang, bersepadu dan berkesan dalam menghadapi risiko bencana.
Β
Turut hadir YAB Menteri Besar dan Ketua Menteri, menteri-menteri Persekutuan serta wakil kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. NADMA diketuai oleh Datoβ Meor Ismail bin Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA, bersama-sama Timbalan-timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan (SDP) serta pegawai-pegawai NADMA.
πππππ πππππππ πππππππ ππππππππππ ππππ ππππ πππππππππ ππππππ ππ ππππππ πππππ | ππ πππππππ ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ πππππππ πππππππ ππππππππππ ππππ ππππ πππππππππ ππππππ ππ ππππππ πππππ | ππ πππππππ ππππ
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di sekitar Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta No. 20 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang beroperasi dari Pangkalan Udara Subang.
Β
Operasi bermula pada jam 1.35 petang dengan membawa empat tangki larutan garam sebelum berakhir pada jam 4.50 petang. Operasi siri ke-20 ini menyasarkan kawasan sekitar Negeri Johor susulan keadaan jerebu berpanjangan dengan bacaan PM2.5 melebihi 170 di beberapa kawasan, termasuk Johor Bahru, Pasir Gudang, Tangkak, Kota Tinggi, Batu Pahat, Kluang dan Pengerang.
Β
Pelaksanaan OPA ini merupakan antara usaha bersepadu NADMA bersama agensi berkaitan bagi menangani situasi jerebu serta mengurangkan risiko terhadap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Kerjasama strategik ini turut mencerminkan komitmen berterusan dalam melaksanakan langkah pengurangan risiko bencana demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
πππππππππππ πππππππ πππ πππππππ πππππππ πππππππ πππππ πππππππππππ ππππππππ (πππ )
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππππππππ πππππππ πππ πππππππ πππππππ πππππππ πππππ πππππππππππ ππππππππ (πππ
)
Β
Pengurusan Tertinggi dan warga kerja Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyertai Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian Kewangan (MOF) secara dalam talian.
Β
Penyertaan ini memberi peluang kepada warga NADMA untuk mengikuti amanat dan perkongsian YAB Perdana Menteri berkaitan hala tuju perkhidmatan awam, di samping menyemai semangat kebersamaan serta memperkukuh iltizam dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi demi kepentingan rakyat dan negara.
πππππππππππ πππππππππ πππππππππ πππ πππππππππ πππππππ πππππ ππππππππ ππππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππππππππ πππππππππ πππππππππ πππ πππππππππ πππππππ πππππ ππππππππ ππππππππ
Β
AMPANG, 17 Oktober 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini telah menyertai Program Kesedaran Kesihatan & Keselamatan (3K) 2026 Komuniti Taman Nirwana Fasa 1 yang berlangsung di Dewan Komuniti Taman Nirwana, Ampang. Program ini dirasmikan oleh YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan turut dihadiri oleh Tuan Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan (SDP), selaku wakil NADMA.
Β
Penglibatan NADMA merangkumi pameran aset dan kelengkapan penyelamatan oleh Pasukan SMART serta sesi kesedaran awam berkaitan pengurusan dan kesiapsiagaan bencana oleh Seksyen SPKS. Program anjuran Persatuan Penduduk Taman Nirwana Fasa 1 ini turut menampilkan pelbagai aktiviti kesihatan dan komuniti dengan kerjasama beberapa agensi, sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan kesiapsiagaan menghadapi bencana.
πππππππππ ππππππ ππππππ πππππππ ππ ππππ πππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππππππ ππππππ ππππππ πππππππ ππ ππππ πππππ
Β
PUTRAJAYA, 16 Oktober 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerima kunjungan daripada Sarawak Energy Berhad di Pejabat NADMA, Putrajaya. Kunjungan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan serta membuka ruang perbincangan dan perkongsian pandangan berkaitan pengurusan bencana dan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana terutamanya El Nino yang sedang melanda negara.
Β
Pertemuan ini turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai pendekatan dan potensi kerjasama dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta daya tahan terhadap risiko bencana. NADMA menghargai kunjungan dan komitmen Energy Sarawak dalam menyokong usaha ke arah pengurusan bencana yang lebih bersepadu dan menyeluruh.
Β
Turut hadir wakil daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC).
