PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐄𝐍𝐄𝐑𝐆𝐘 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐄𝐍𝐄𝐑𝐆𝐘 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀
 
PUTRAJAYA, 16 Oktober 2026 — Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerima kunjungan daripada Sarawak Energy Berhad di Pejabat NADMA, Putrajaya. Kunjungan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan serta membuka ruang perbincangan dan perkongsian pandangan berkaitan pengurusan bencana dan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana terutamanya El Nino yang sedang melanda negara.
 
Pertemuan ini turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai pendekatan dan potensi kerjasama dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta daya tahan terhadap risiko bencana. NADMA menghargai kunjungan dan komitmen Energy Sarawak dalam menyokong usaha ke arah pengurusan bencana yang lebih bersepadu dan menyeluruh.
 
Turut hadir wakil daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC).
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search