𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈
AMPANG, 17 Oktober 2026 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini telah menyertai Program Kesedaran Kesihatan & Keselamatan (3K) 2026 Komuniti Taman Nirwana Fasa 1 yang berlangsung di Dewan Komuniti Taman Nirwana, Ampang. Program ini dirasmikan oleh YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan turut dihadiri oleh Tuan Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan (SDP), selaku wakil NADMA.
Penglibatan NADMA merangkumi pameran aset dan kelengkapan penyelamatan oleh Pasukan SMART serta sesi kesedaran awam berkaitan pengurusan dan kesiapsiagaan bencana oleh Seksyen SPKS. Program anjuran Persatuan Penduduk Taman Nirwana Fasa 1 ini turut menampilkan pelbagai aktiviti kesihatan dan komuniti dengan kerjasama beberapa agensi, sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan kesiapsiagaan menghadapi bencana.
