PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

๐๐€๐ƒ๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ
ย 
PERAK, 30 September 2026 โ€“ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus menyokong pembangunan pendidikan digital menerusi Program Sekolah Angkat MADANI (SAM) di SMK Seri Perak, Teluk Intan, Perak. Majlis Peluncuran telah disempurnakan oleh Dato' Meor Ismail bin Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA, dengan pendekatan Whole-of-Government yang menggabungkan kerjasama kementerian, jabatan, pihak sekolah dan komuniti.
Inisiatif ini melibatkan naik taraf infrastruktur serta penyediaan kemudahan pembelajaran digital termasuk papan pintar, tablet, sistem CCTV, Wi-Fi berkelajuan tinggi dan sistem pengurusan serta kehadiran pelajar. Kemudahan tersebut diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi membudayakan pembelajaran yang lebih kreatif, inovatif dan berteraskan teknologi, sekali gus menyokong usaha melahirkan generasi berilmu, berkemahiran dan berdaya tahan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Previous Next

๐๐€๐ƒ๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐ƒ๐€๐˜๐€ ๐“๐€๐‡๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐‚๐๐ƒ๐‘๐Œ ๐ƒ๐ˆ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐†

PULAU PINANG, 27 September 2026 โ€“ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh kesiapsiagaan komuniti melalui pelaksanaan Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) dengan kerjasama Unit Pengurusan Bencana, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Persatuan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADIM). Program yang melibatkan lima daerah di Pulau Pinang itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasa komuniti mengenal pasti risiko, membuat persediaan dan mengambil tindakan awal ketika berdepan bencana.

Program tersebut menghimpunkan lebih 397 peserta terdiri daripada ketua kampung dan wakil komuniti, manakala majlis penutup turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datoโ€™ Dr. Jafri bin Abdul Jalil serta Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA, Datuk Hj Hussain bin Moh. Pelaksanaan CBDRM ini menyokong pendekatan whole-of-society dalam pengurusan risiko bencana bagi membentuk komuniti yang lebih bersedia, berdaya tahan dan mampu memainkan peranan aktif di peringkat setempat.

Previous Next

๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐„๐Š๐’๐„๐Š๐”๐“๐ˆ๐… ๐Œ๐ฒ๐ˆ๐๐… ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐‘๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐๐€๐๐‰๐ˆ๐‘ ๐๐„๐‘๐€๐’๐€๐’๐Š๐€๐ ๐ˆ๐Œ๐๐€๐Š

PUTRAJAYA, 28 September 2026 โ€“ Keupayaan negara dalam memperkukuh ramalan dan amaran banjir berasaskan impak terus diperkasa menerusi pembangunan ๐˜๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ค๐˜ต-๐˜‰๐˜ข๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฅ ๐˜๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ค๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ (MyIBF) di bawah Program Perekayasaan Jangka Panjang Ramalan dan Amaran Banjir (PPJPRAB). Latihan Eksekutif anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia itu memberi tumpuan kepada usaha menterjemahkan maklumat risiko banjir kepada tindakan awal yang lebih tepat dan berkesan.

Latihan berkenaan turut disertai delegasi NADMA yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Tuan Saiful Yazan Alwi, bersama Pengarah National Disaster Command Centre (NDCC), Tuan Wan Muhammad Rumaizi bin Wan Hussin serta wakil Seksyen Struktur dan Teknologi Infrastruktur (STI). Pembangunan MyIBF ini menyokong usaha memperkukuh penyelarasan antara agensi serta meningkatkan kesiapsiagaan dan pengurusan risiko banjir negara.

Previous Next

๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐€๐ƒ๐Œ๐€โ€“๐Œ๐„๐“ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐€๐๐’๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐ˆ๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€
ย 
PETALING JAYA, 25 September 2026 โ€“ Keupayaan negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan tindakan awal bencana terus diperkasa menerusi kerjasama strategik antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia). Perkara itu menjadi fokus Lawatan Kerja Teknikal NADMA ke Ibu Pejabat MET Malaysia hari ini yang meneliti aspek penyelarasan serta perkongsian maklumat berkaitan cuaca, gempa bumi dan tsunami bagi memastikan maklumat risiko dapat disampaikan dengan tepat dan pada masanya.
ย 
Lawatan yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Tuan Saiful Yazan Alwi, turut memberi tumpuan kepada sistem pemantauan dan penyampaian maklumat serta keperluan memperkemas penyelarasan antara agensi. Delegasi NADMA turut meninjau operasi Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional (POCGN) serta Studio MET Malaysia bagi melihat proses pemantauan dan penyampaian maklumat risiko kepada masyarakat, selaras dengan usaha memperkukuh pendekatan whole-of-government dalam meningkatkan kesiapsiagaan dan tindakan awal bencana negara.
Previous Next

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐ˆ๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
MAJLIS PENUTUP INSARAG EXTERNAL RECLASSIFICATION (IER) 2026
ย 
Hari keempat INSARAG External Reclassification (IER) MAS01 2026 melabuhkan tirai dengan Majlis Penutup IER 2026 yang menghimpunkan delegasi antarabangsa, termasuk wakil UN OCHA, INSARAG Secretariat, Classifier, Mentor serta Observer dan External Player dari pelbagai negara.
ย 
Majlis turut menyaksikan pengumuman keputusan dan penyampaian sijil IER 2026 oleh wakil UN OCHA kepada Komander Pasukan SMART, selepas melalui proses penilaian lapangan selama 36 jam yang menguji pelbagai aspek keupayaan operasi, termasuk perintah dan kawalan, tindak balas perubatan, pencarian teknikal, logistik serta keupayaan melaksanakan operasi di peringkat antarabangsa.
Majlis ini menjadi penutup kepada rangkaian proses penilaian dan latihan yang dilalui Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), di samping menghargai sumbangan para Classifier, Mentor, Observer, External Player dan rakan antarabangsa yang bersama-sama menjayakan IER MAS01 2026.ย 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search