PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI SELATAN SEMENANJUNG | 22 SEPTEMBER 2026
ย 
๐Ÿ“ Pangkalan Udara Subang
ย 
Kerajaan meneruskan Operasi Pembenihan Awan (OPA) dari 22 hingga 24 September 2026, dengan tumpuan operasi beralih ke kawasan selatan Semenanjung sebagai langkah berterusan menangani keadaan cuaca kering, jerebu serta keperluan meningkatkan sumber air. Keputusan meneruskan operasi dibuat berdasarkan penilaian keadaan semasa dan nasihat teknikal Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).
OPA hari ini memberi fokus kepada kawasan Empangan Upper Layang, Lower Layang dan Pulai. Operasi bermula pada jam 12.30 tengah hari dan tamat pada jam 3.00 petang. Keberkesanan operasi akan dinilai berdasarkan rekod dan data taburan hujan serta pemantauan keadaan kawasan tadahan oleh MET Malaysia.
ย 
OPA ini merupakan langkah bersasar Kerajaan berdasarkan keadaan semasa. Setiap pelaksanaan OPA bergantung kepada kesesuaian atmosfera dan nasihat teknikal MET Malaysia bagi meningkatkan peluang pembentukan hujan di kawasan yang memerlukan.
ย 
Kerajaan akan terus menggunakan pendekatan berasaskan sains, data dan kepakaran teknikal MET Malaysia dalam menentukan langkah mitigasi yang bersesuaian bagi menghadapi keadaan cuaca kering, jerebu serta keperluan sumber air.
Previous Next

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐ˆ๐„๐‘ ๐Œ๐€๐’๐ŸŽ๐Ÿ | ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐€๐๐€๐ ๐‹๐Ž๐†๐ˆ๐’๐“๐ˆ๐Š & ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐Š
ย 
SEPANG, 21 September 2026 โ€“ Pelaksanaan INSARAG External Reclassification (IER) 2026 Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) diteruskan dengan penilaian Para Penguji (Classifiers) ke atas kesediaan logistik dan tapak ujian simulasi untuk proses penilaian operasi aturgerak pasukan MAS01 selama 36jam .
ย 
Semakan di stor logistik penting dalam memverifikasikan penyimpanan, penyusunan, pelabelan adalah selari dengan manifest logistik untuk aturgerak menggunakan pengangkutan udara dan darat.
Pemeriksaan tapak simulasi juga dijalankan agar selari dan realistik dengan senario 36 jam yang akan berlangsung esok.
ย 
Semakan ke stor dan tapak simulasi A dan B ini turut disertai oleh Wakil UN, Wakil Sekretariat INSARAG dan Mentor MAS01. Sesi s diakhiri dengan sesi bergambar sebagai sebahagian daripada momen kenangan perjalanan ke arah pensijilan semula IER MAS01.
Previous Next

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐ˆ๐„๐‘ ๐Œ๐€๐’๐ŸŽ๐Ÿ | ๐„๐๐€๐Œ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€
ย 
PUTRAJAYA, 21 September 2026 โ€“ Pemerhati antarabangsa dari Korea Selatan, Tรผrkiye, Rusia, Singapura, Thailand dan Filipina hadir ke NADMA sempena hari pertama ๐˜๐˜•๐˜š๐˜ˆ๐˜™๐˜ˆ๐˜Ž ๐˜Œ๐˜น๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ค๐˜ญ๐˜ข๐˜ด๐˜ด๐˜ช๐˜ง๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ (๐˜๐˜Œ๐˜™) 2026 Pasukan SMART di Putrajaya.
ย 
Kehadiran wakil enam negara ini bukan sekadar sebagai pemerhati, malah menjadi platform perkongsian pengalaman dan pembelajaran dalam bidang ๐˜œ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ข๐˜ณ๐˜ค๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ค๐˜ถ๐˜ฆ (๐˜œ๐˜š๐˜ˆ๐˜™) serta memberi pendedahan secara langsung terhadap proses penilaian, amalan dan prosedur yang dilaksanakan sepanjang IER 2026.
ย 
Program dimulakan dengan sesi pengenalan mengenai NADMA yang disampaikan oleh Encik Muhammad Ridzuan Zawawi, Timbalan Pengarah, Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS), meliputi peranan NADMA serta pendekatan Malaysia dalam pengurusan bencana.
ย 
Penganjuran IER 2026 turut memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dan perkongsian kepakaran dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan serta keupayaan tindak balas terhadap bencana.
Previous Next

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐ˆ๐„๐‘ ๐Œ๐€๐’๐ŸŽ๐Ÿ | ๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐‚๐‹๐€๐’๐’๐ˆ๐…๐ˆ๐„๐‘ & ๐’๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐Š๐”๐Œ๐„๐ ๐ˆ๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
SEPANG, 21 September 2026 โ€“ Proses INSARAG External Reclassification (IER) 2026 bagi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bermula hari ini dengan Sesi Taklimat Classifier dan Semakan Dokumen MAS01 SMART Contingent โ€“ ๐˜”๐˜บ๐˜›๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ง ๐˜–๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ yang berlangsung di Markas SMART, Pulau Meranti.
Sesi yang melibatkan INSARAG Classifiers, wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), wakil INSARAG dan mentor ini bertujuan memberikan gambaran menyeluruh mengenai sistem dan mekanisme pengurusan bencana, termasuk kaedah pengaturgerakan pasukan SMART bagi penugasan antarabangsa serta struktur dan keupayaan logistik MAS01.Maklumat yang dibentangkan turut disemak silang dengan dokumen berkaitan bagi tujuan pengesahan dan pematuhan kepada senarai semak IER .
Sesi ini dipengerusikan oleh Datuk Dr. Abdul Gapar bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA, dengan pembentangan oleh Supt. Safrizan Suhaini, Pn. Che Siti Noor Koh Poh Lee@ Che Mamat dan PgKB II Mohamad Hafiezul Abdul Halim.
Selesai sesi taklimat dan semakan dokumen, barisan INSARAG Classifiers turut dibawa meninjau komponen logistik serta tapak latihan simulasi bagi tujuan pemeriksaan dan pengesahan berdasarkan senarai semak IER yang ditetapkan.
Previous Next

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐ˆ๐๐’๐€๐‘๐€๐† ๐‚๐‹๐€๐’๐’๐ˆ๐…๐ˆ๐„๐‘, ๐Œ๐„๐๐“๐Ž๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐‘๐„๐๐‘๐„๐’๐„๐๐“๐€๐“๐ˆ๐•๐„ ๐Š๐„ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€
PUTRAJAYA ,19-20 September 2026 โ€“Malaysia mengalu-alukan ketibaan 16 orang INSARAG Classifier, Mentor dan INSARAG Representative dari pelbagai negara ke WP Putrajaya bagi membuat penilaian sepanjang proses Pensijilan Semula INSARAG (IER MAS01) Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang bermula dari 21 hingga 24 September 2026.
Bersama-sama kita doakan Pasukan SMART akan memperoleh kejayaan mendapatkan pengiktirafan semula sebagai Pasukan Heavy USAR.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search