πππππ ππππππππ ππππππππππππ ππππππππππ ππππππππ ππππππ ππ πππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππππππ ππππππππππππ ππππππππππ ππππππππ ππππππ ππ πππππ
Β
SABAH, 7 September 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuh penyelarasan kesiapsiagaan dan pemulihan infrastruktur kritikal menerusi sesi perbincangan serta lawatan tapak berkaitan Majlis Penyerahan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge). Sesi dipengerusikan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hj. Ag. Shahminan Datuk Hj. Ag. Sahari dan disertai delegasi NADMA yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Tn. Saiful Yazan bin Alwi.
Β
NADMA telah menyerahkan tiga (3) set Bailey Bridge kepada Negeri Sabah sebagai inisiatif kesiapsiagaan bagi memastikan akses perhubungan dapat dipulihkan dengan segera sekiranya berlaku kerosakan akibat banjir, tanah runtuh dan hakisan tebing sungai. Delegasi turut meninjau lokasi jambatan di Sungai Kaiduan, Papar bagi melihat keadaan semasa serta aspek teknikal di lapangan. Inisiatif ini dapat menyokong kelancaran pergerakan penduduk, penghantaran bantuan dan operasi pemulihan pascabencana.
OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI SARAWAK HARI KEEMPAT | 6 SEPTEMBER 2026
Β
Β
Keperluan untuk meneruskan usaha meningkatkan paras tadahan air empangan yang berada pada tahap kritikal serta membantu meredakan kesan jerebu di Negeri Sarawak mendorong pelaksanaan tambahan siri Operasi Pembenihan Awan (OPA) sehingga 7 September 2026.
Β
Sehubungan itu, OPA di Negeri Sarawak memasuki hari keempat hari ini dengan operasi bermula pada jam 1.15 tengah hari.
Β
Sebanyak empat tangki larutan air garam digunakan dalam operasi hari ini dengan kawasan tumpuan pembenihan awan meliputi sekitar Empangan Batang Ai dan Empangan Murum.
Operasi hari ini turut disertai oleh Datu Felicia Tan Ya Hua, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Pentadbiran).
Β
OPA dilaksanakan sebagai antara langkah penyelarasan bagi membantu meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan air dan empangan yang terjejas susulan trend penurunan paras air. Keadaan ini berpotensi memberi kesan kepada bekalan air mentah serta penjanaan tenaga hidroelektrik.
Β
Pada masa yang sama, taburan hujan di kawasan sasaran diharapkan dapat membantu mengurangkan impak jerebu yang masih berlarutan di beberapa kawasan di Negeri Sarawak.
Β
Operasi hari ini selesai pada jam 5.00 petang.
OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI SARAWAK HARI KETIGA | 5 SEPTEMBER 2026
Β
Β
Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi Negeri Sarawak memasuki hari ketiga hari ini, dengan operasi bermula pada jam 1.00 tengah hari dan membawa muatan sebanyak empat tangki larutan air garam.
Bagi operasi hari ini, kawasan tumpuan pembenihan awan meliputi sekitar Empangan Bengoh, Empangan Batang Ai, Empangan Murum (Kapit) dan seterusnya kawasan Serian.
Β
Sepanjang tiga hari operasi dilaksanakan, hujan telah direkodkan di beberapa kawasan sasaran. Bagaimanapun, jumlah taburan hujan yang diterima masih belum mencukupi untuk meningkatkan paras air di empangan-empangan utama secara ketara.
Β
Dalam masa yang sama, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan penurunan yang ketara hari ini, khususnya di Bahagian Serian.
Β
OPA ini dilaksanakan sebagai salah satu langkah penyelarasan bagi membantu meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan air dan empangan yang terjejas, di samping membantu mengurangkan impak jerebu yang sedang berlaku di Negeri Sarawak.
Β
Operasi hari ini selesai pada jam 5.00 petang.
Β
NADMA bersama agensi-agensi berkaitan akan terus memantau keadaan dan menyelaras tindakan yang bersesuaian berdasarkan keperluan semasa.
πππππ ππππππ πππππ ππ πππππ ππππ ππππ ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππππ πππππ ππ πππππ ππππ ππππ ππππ
Β
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) diatur gerak ke Nepal hari ini, 5 September 2026 bagi melaksanakan misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) untuk menyokong operasi bencana yang diterajui oleh Pasukan Penyelamat Nepal.
Β
Misi yang dianggarkan berlangsung selama 10 hari ini diketuai Komander SMART, PgKB I Abdul Manaf bin Che Isa bersama 10 pegawai dan anggota berkemahiran tinggi, dengan 12.4 tan aset dan peralatan operasi bencana menggunakan pesawat A400M Atlas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Β
Semoga perjalanan dan penugasan seluruh pasukan SMART dipermudahkan serta diberikan perlindungan sepanjang menjalankan amanah kemanusiaan ini.
Β
Selamat bertugas, wira negara. 
OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI SARAWAK | 4 SEPTEMBER 2026
Β
Β
Hari Kedua Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi Negeri Sarawak yang diselaraskan oleh NADMA dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kakitangan Pejabat Meteorologi Sarawak (MET Sarawak), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dan No.14 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara Labuan.
Β
Operasi hari ini bermula pada jam 1.00 tengahari dengan membawa muatan 4 tangki larutan air garam. Kawasan operasi pembenihan awan adalah di sekitar Empangan Sika dan Assyakirin (Bintulu), Empangan Bakun dan Murum (Kapit) dan seterusnya kawasan Serian. Ianya dilaksanakan berikutan penyusutan ketara paras air di sungai-sungai dan empangan dan juga sebagai tindakan intervensi untuk kawasan Serian susulan bacaan IPU sangat bahaya yang melebihi 500 sebagaimana yang terkandung di dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
Operasi pada hari ini berakhir pada jam 6.15 petang.
