PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Warga Kementerian bagi Bulan Disember 2025 | 8 Disember 2025

Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah bersama-sama pengurusan tertinggi dan warga Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyertai Sesi Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian secara hibrid.

Perhimpunan ini dianjurkan oleh Kementerian Kerja Raya dengan bertemakan "Rancakkan MADANI; Infra Lestari, Wanita Disanjungi" berjaya menghimpunkan para penjawat awam bukan sahaja secara kehadiran fizikal tetapi juga melalui kaedah live streaming. Inisiatif ini bagi membolehkan amanat YAB Perdana Menteri dapat didengar oleh seluruh warga kerja sekaligus menjadi pedoman dalam melaksanakan tugas kepada rakyat.

NADMA akan terus teguh mendokong teras Malaysia MADANI khususnya dalam pengurusan bencana negara sekaligus dapat mengukuhkan negara dan rakyat yang berdaya tahan bencana.

Previous Next

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM RANCAKKAN MADANI BERSAMA MALAYSIAKU | 7 DISEMBER 2025

Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA telah menghadiri Majlis Penutup Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku: Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pagi tadi di Pentas Utama Program Rancakkan MADANI, Dataran Putrajaya.

Turut hadir di majlis adalah barisan Jemaah Menteri, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta pimpinan tertinggi perkhidmatan awam.

Previous Next

Kemeriahan reruai NADMA di Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku yang telah berlangsung selama 3 hari di Dataran Putrajaya, Putrajaya! Pelbagai peralatan operasi mencari dan menyelamat pasukan elit negara yang dipamerkan untuk meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komunitiπŸ’ͺ🏻


Jom singgah ke reruai NADMA untuk mengenali peranan Pasukan SMART dengan lebih dekat🀩

Previous Next

Majlis Sambutan ke-25 Tahun Penubuhan United Nations Humanitarian Response Depot (UNHRD) | 4 Disember 2025 | Subang, Selangor

Telah berlangsung Majlis Sambutan ke-25 Tahun Penubuhan United Nations Humanitarian Response Depot (UNHRD) yang dihadiri oleh YBrs. Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Dasar bersama Encik Mohd Khairi Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik.

Wakil NADMA, Puan Che Siti Noor Koh Poh @ Che Mamat telah dilantik sebagai panel bagi sesi discussion yang bertajuk β€œThe Future of Humanitarian Response.” Selain itu, satu sesi lawatan ke gudang turut diadakan untuk para hadirin bagi melihat keadaan serta kaedah penyimpanan yang diamalkan di UNHRD Subang.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search