Latihan Kecemasan (Tabletop Exercise) Bencana Kebocoran Gas dan Kebakaran Fasiliti Petronas Subang Jaya (Ex-Subang) Tahun 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Latihan Kecemasan (Tabletop Exercise) Bencana Kebocoran Gas dan Kebakaran Fasiliti Petronas Subang Jaya (Ex-Subang) Tahun 2025 | 10 September 2025 | KLIA, Sepang, Selangor
Penganjur: Petronas Gas Berhad (PGB) - Gas Transportation and Regassification (GTR) Selangor
- OBJEKTIF
- Untuk mempersiap kesiapsiagaan PGB-GTR Selangor bagi mendepani risiko kejadian bencana yang boleh mengancam komuniti setempat, alam sekitar, aset fizikal dan fasiliti;
- Untuk memahami prosedur yang sedang berkuat kuasa dan keupayaan Jabatan/Agensi Kerajaan termasuk pemegang taruh berkaitan dalam penyelarasan terhadap tindak balas penyelamatan nyawa dan harta benda yang terkesan bencana; dan
- Untuk meneliti keberkesanan pelan tindak balas kecemasan (ERP) PGB-GTR dalam menghadapi insiden yang berlaku dalam premis dan fasiliti Petronas dengan penglibatan pihak berkepentingan serta komuniti setempat.
- PESERTA
Pegawai SPO yang terlibat;
- DCP Datuk Mazli bin Mazlan
- PPj. (PA) Mulliadi Al-Hamdi bin Ladin (Moderator/Fasilitator)
- PgKB I Arjunaidi bin Ismail (Penceramah/Pembentang)
- Azri Fazri bin Tuan Mohamad (Penyedia Laporan/Jurukamera)
- DAPATAN PROGRAM
Latihan ini diadakan di Subang Jaya yang merupakan salah satu daripada 9 lokasi di jajaran Peninsular Gas Utilisation (PGU) yang berkepadatan tinggi di bawah anjuran Petronas Gas Berhad (PGB) - Gas Transportation and Regasification (GTR) Selangor. Pelaksanaan latihan ini adalah berikutan daripada pengalaman insiden kebocoran gas dan kebakaran besar pada saluran paip fasiliti Petronas di Putra Heights pada April 2025 lalu. Penganjuran latihan ini telah melibatkan semua Jabatan/Agensi Kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun/korporat dalam pengurusan bencana dan pengurangan risiko bencana di Daerah Petaling, Selangor dengan kerjasama NADMA. Jalinan kerjasama dalam protocol komunikasi bagi tujuan kecemasan telah diwujudkan dan beberapa aspek berkaitan pengendalian insiden di lapangan ditambah baik secara bersama. Komuniti setempat juga telah dilibatkan bagi meningkatkan tahap kesediaan mereka untuk bertindak balas sekiranya berdepan dengan risiko kejadian ini.
Sesi Penyerahan Nota Serah Terima Tugas, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Program Pengurusan Risiko Bencana Gempa Bumi bersama Pemimpin Komuniti Daerah Segamat
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
