PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟒𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐇𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍

𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟒𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐇𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
 
PUTRAJAYA, 26 Ogos 2026 — Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh perkongsian pengetahuan dan kefahaman berkaitan pengurusan bencana menerusi penyertaan dalam Kursus Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) Siri 46/2026 anjuran Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) yang berlangsung di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya. Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, Dr. Ajantha Segarmurthy, dijemput menyampaikan taklimat bertajuk “𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘪𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢” sebagai sebahagian daripada Modul SKST 6504 𝘊𝘳𝘪𝘴𝘪𝘴, 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘭𝘪𝘤𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘞𝘢𝘳 𝘚𝘵𝘶𝘥𝘪𝘦𝘴.
 
Kursus tersebut disertai 60 peserta terdiri daripada pegawai kanan ATM, PDRM, APMM, PTD serta pegawai kanan tentera dari beberapa negara. Taklimat yang disampaikan memberi pendedahan mengenai pengurusan bencana di Malaysia, termasuk peranan NADMA dan pendekatan penyelarasan dalam menghadapi situasi krisis dan kecemasan. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan NADMA dalam memperluas perkongsian ilmu, memperkukuh kefahaman antara agensi serta meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan pengurusan bencana secara bersepadu.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search