PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

ππ€πƒπŒπ€ π“πˆππ‰π€π” ππ„πŒπ€π’π€ππ†π€π ππ€πˆπ‹π„π˜ ππ‘πˆπƒπ†π„, ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π€πŠπ’π„π’ 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πƒπˆ 𝐏𝐀𝐏𝐀𝐑

ππ€πƒπŒπ€ π“πˆππ‰π€π” ππ„πŒπ€π’π€ππ†π€π ππ€πˆπ‹π„π˜ ππ‘πˆπƒπ†π„, ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π€πŠπ’π„π’ 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πƒπˆ 𝐏𝐀𝐏𝐀𝐑
Β 
SABAH, 27 Ogos 2026 β€” Usaha memulihkan nadi perhubungan komuniti yang terjejas akibat bencana di Kampung Kaiduan, Papar kini diperkukuh menerusi projek pemasangan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge). Projek ini digerakkan atas inisiatif YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, bagi memastikan penduduk memperoleh semula akses perhubungan yang selamat dan berterusan.
Β 
Sebagai tindakan susulan, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Dato’ Meor Ismail Meor Akim, mengetuai lawatan ke tapak projek bagi meninjau kemajuan pemasangan jambatan tersebut. Beliau turut menerima taklimat daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dan Ketua Kampung Kaiduan mengenai status pelaksanaan serta keperluan penduduk setempat.
Jambatan sepanjang 91.44 meter yang melibatkan 30 bay itu berkeupayaan menampung beban sehingga 20 tan. Apabila siap, kemudahan tersebut dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1,000 penduduk dari lima kampung yang bergantung pada laluan berkenaan untuk urusan harian.
Β 
Pemulihan akses ini penting bagi memastikan pergerakan penduduk, penyaluran bantuan serta penyampaian perkhidmatan asas dapat diteruskan dengan lebih lancar selepas laluan berkenaan terjejas akibat banjir pada 13 September 2025.
Β 
Pelaksanaan projek ini mencerminkan keselarasan antara inisiatif kepimpinan Kerajaan Persekutuan dengan tindakan susulan NADMA, Kerajaan Negeri Sabah dan agensi teknikal dalam mempercepat pemulihan infrastruktur serta memperkukuh daya tahan komuniti terhadap bencana.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search