𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 (𝐎𝐏𝐀) 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑, 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀 | 𝟑𝟎 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 (𝐎𝐏𝐀) 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑, 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀 | 𝟑𝟎 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔
Satu Operasi Pembenihan Awan (OPA) khas telah diselaraskan oleh NADMA dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dan Skuadron 20 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Subang sekitar jam 11.45 pagi tadi.
Penerbangan membawa 4 tangki larutan garam mensasarkan pembenihan awan pada di sekitar kawasan Lembah Klang sebagaimana 𝘕𝘰𝘵𝘪𝘤𝘦 𝘵𝘰 𝘈𝘪𝘳𝘮𝘦𝘯(𝘕𝘖𝘛𝘈𝘔) yang dikeluarkan oleh CAAM.
Operasi ini diadakan berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) PM2.5 melebihi 150 (berstatus jerebu) dalam tempoh 24 jam (28 - 29 Ogos) di kawasan tersebut.
Kebarangkalian terhasilnya hujan di kawasan sasaran dalam tempoh 24 jam ini adalah antara 40% sehingga 60% namun bergantung kepada atmosfera semasa.
Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang diselaraskan oleh NADMA diharapkan dapat membantu mengurangkan impak jerebu yang sedang melanda sekaligus dapat memperbaiki kualiti udara di kawasan terjejas.
Semoga sambutan Hari Kebangsaan esok dapat diraikan dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat.
Turut hadir dalam operasi, Encik Ambun Dindang, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MET Malaysia dan PPj.(PA) Mulliadi Al-Hamdi bin Ladin, Timbalan Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, NAD
