PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Sesi Lawatan Delegasi Rusia ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) | 19 Jun 2025 | Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya
 
H.E Kolonel Jeneral Alexandae V.Kurenkov, Menteri EMERCOM of Russia, Mr. Roman Kurynin, Timbalan Menteri EMERCOM of Russia dan delegasi seterusnya melawat ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
 
Delegasi ini telah disambut oleh YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta pengurusan tertinggi BOMBA. Turut serta di dalam lawatan ini ialah YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai kanan NADMA.
 
Tujuan lawatan ini adalah bagi meneroka ruang kerjasama di dalam aspek operasi kebombaan dan keselamatan kebakaran di antara kedua-dua negara.
 
Delegasi kemudiannya dibawa melawat ke Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan (PGOK) dan mendengar taklimat tentang operasi kebombaan oleh YS TPjB Hj Nordin bin Pauzi, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat sebelum dibawa menyaksikan persembahan kebombaan oleh Pasukan STORM JBPM.
 
Seterusnya, kesemua mereka dibawa melawat ke Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Putrajaya dan ruangan pameran jentera serta kelengkapan yang digunakan pasukan bomba dalam operasi.
Previous Next

Kunjungan Hormat Delegasi Persekutuan Rusia ke Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri | 19 Jun 2025 | Putra Perdana, Putrajaya
 
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat daripada H.E. Colonel Jeneral Alexander V. Kurenkov, Menteri EMERCOM of Russia dan Mr. Roman Kurynin, Timbalan Menteri EMERCOM of Russia di pejabat beliau pada pagi tadi.
 
Lawatan ini menandakan satu peristiwa penting dalam meningkatkan kerjasama Malaysia-Rusia dalam pengurusan bencana. Ia juga memperlihat hubungan kerja yang kukuh antara EMERCOM dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) - termasuk dalam inisiatif serantau di bawah INSARAG dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana ASEAN (ACDM).
 
Di dalam pertemuan ini juga turut membincangkan kemajuan dalam memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama dalam Pengurusan Bencana. MoU ini kelak akan berfungsi sebagai rangka kerja praktikal untuk latihan bersama, pertukaran pengetahuan, dan tindak balas kecemasan yang diselaraskan.
Previous Next

Taklimat Pengurusan Bencana dan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) bagi Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak | 18 Jun 2025 | Markas 2 Divisyen, Pulau Pinang
 
Telah berlangsung Taklimat Pengurusan Bencana dan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) bagi Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak anjuran Maktab Turus Angkatan Tentera. Taklimat ini adalah sebahagian daripada Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM). Kursus ini terbahagi kepada tiga modul utama iaitu Polisi dan Strategi, Pemerintahan, Kepimpinan dan Pengurusan serta Ketenteraan.
 
Kursus ini telah dihadiri oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan penuntut antarabangsa. Seramai 73 penuntut kursus akan mengadakan lawatan medan bagi mengkaji keupayaan operasi ATM di bawah Program Northern Capabilities and Operational Studies (NCOS) - West yang merangkumi negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
 
Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA telah dijemput untuk menyampaikan taklimat bertajuk Pengurusan Bencana dan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR).
Previous Next

𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐉𝐨𝐢𝐧𝐭 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦𝐦𝐞 𝐛𝐞𝐭𝐰𝐞𝐞𝐧 𝐌𝐀𝐒-𝟎𝟏 𝐚𝐧𝐝 𝐑𝐔𝐒-𝟎𝟑 | 𝟏𝟓 - 𝟐𝟎 𝐉𝐮𝐧𝐞 𝟐𝟎𝟐𝟓
 
Joint Exercise USAR antara Pasukan MAS-01 dan Rusia RUS-03 diteruskan dengan sesi praktikal physical search, satu teknik penting bagi pengesanan mangsa di bawah runtuhan secara fizikal menggunakan komunikasi vokal dan pergerakan berpasukan. Latihan ini merupakan satu kemahiran asas namun kritikal dalam operasi mencari dan menyelamat.
 
Sesi diteruskan dengan kelas teori dan praktikal Latihan Shoring, yang memberi tumpuan kepada kaedah penstabilan struktur bangunan runtuh bagi memastikan keselamatan pasukan penyelamat sebelum memasuki kawasan berisiko.
 
Sepanjang latihan ini, kerjasama erat antara Malaysia dan Rusia terus diperkukuh, bukan sahaja dari aspek teknikal, tetapi juga dalam pertukaran pengetahuan, budaya kerja dan kesepaduan pasukan dalam menghadapi cabaran operasi sebenar.
 
Sesi latihan hari ini ditamatkan lebih awal bagi memberi ruang kepada peserta berehat dan membuat persiapan rapi menjelang acara simulasi penuh SIMEX yang akan dijalankan pada malam ini hingga esok.
Previous Next

Sesi Lawatan Delegasi Persekutuan Rusia ke Menara Kuala Lumpur | 18 Jun 2025
 
Sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi ke Malaysia, Delegasi Persekutuan Rusia telah dibawa melawat ke Menara Kuala Lumpur (KL Tower), salah satu mercu tanda ikonik negara. Lawatan ini bukan sahaja memberi peluang kepada delegasi untuk menikmati keindahan panorama 360 darjah bandar raya Kuala Lumpur dari ketinggian lebih 300 meter, malah turut membuka ruang untuk perkongsian pandangan dan pengalaman berhubung pelan kontigensi dan mekanisme pengurusan bencana Malaysia melibatkan bangunan tinggi.
 
Delegasi juga berpeluang menyaksikan secara langsung kemajuan pesat pembangunan infrastruktur serta landskap ibu negara Malaysia, sekali gus memahami cabaran dan pendekatan Malaysia dalam aspek keselamatan dan kesiapsiagaan bencana di kawasan pesat membangun serta kependudukan tinggi.
 
Lawatan ini diharap dapat memperkukuh hubungan dua hala melalui pertukaran pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan bencana, di samping memperkenalkan delegasi kepada salah satu destinasi pelancongan utama negara.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search