πππππ ππππππππ πππππππππππππ ππππππ, πππππ πππππππ πππππ ππππππ ππππ πππππππ πππππππ πππππππ πππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππππππ πππππππππππππ ππππππ, πππππ πππππππ πππππ ππππππ ππππ πππππππ πππππππ πππππππ πππππ
Β
KUALA TERENGGANU, 22 Julai βKesiapsiagaan hari ini membantu melindungi nyawa pada masa hadapan. Bagi memperkukuh keupayaan mengenal pasti risiko bencana lebih awal, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Kesiapsiagaan dan Pengurangan Risiko Bencana di Kawasan Hutan di Kuala Terengganu pada 19 hingga 22 Julai 2026.
Β
Bengkel yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA, Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, memberi pendedahan mengenai fenomena kepala air, kegagalan cerun, risiko hidrologi serta penggunaan dron, satelit dan sistem amaran awal bagi memperkukuh penilaian risiko bencana.
Β
Program ini mencerminkan komitmen berterusan NADMA dan JPSM dalam memperkukuh kesiapsiagaan negara agar tindakan pencegahan dan tindak balas dapat dilaksanakan dengan lebih pantas demi keselamatan rakyat.
