PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍,𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀

𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍,𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀
 
SEPANG, 27 Julai — Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi insiden bencana udara menerusi Bengkel Pengurusan Bencana Udara bersempena Program Siaga Bencana Udara Kebangsaan 2026 yang dianjurkan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dengan kerjasama strategik NADMA.
 
Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Pengurusan Bencana Negara (MPBN). Bengkel ini memberi fokus kepada penyelarasan operasi, pengurusan insiden serta pelaksanaan Arahan NADMA No. 1, Pelan Kecemasan Aerodrom (AEP) dan Manual Mencari dan Menyelamat Aeronautika dan Maritim Kebangsaan (NAMSAR) bagi memperkukuh kesiapsiagaan dan tindak balas bersepadu.
 
Melalui kerjasama strategik bersama MAHB dan pelbagai agensi, NADMA komited memperkukuh penyelarasan pengurusan bencana udara, meningkatkan keupayaan tindak balas serta memastikan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search