๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
ย
BESUT, 25 Julai โ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh kesiapsiagaan komuniti menghadapi risiko bencana menerusi Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) Daerah Besut dengan kerjasama strategik Yayasan Ikhlas. Program yang melibatkan 50 peserta terdiri daripada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Kota Putera dan Kuala Besut ini telah dirasmikan oleh Pengarah Seksyen Komuniti dan Sosial (SPKS) NADMA, Encik Jefny Muhammad.
ย
Peserta didedahkan dengan pengurusan risiko bencana setempat, komunikasi risiko konsep 3A serta kepentingan CBDRM melalui sesi teori dan praktikal. Aktiviti โSesi Jenguk Kampungโ dan โ๐๐ช๐ด๐ข๐ด๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ฎ๐ข๐จ๐ช๐ฏ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐๐ข๐ฎ๐ฆ (๐๐๐)โ membantu peserta mengenal pasti kawasan berisiko, laluan evakuasi selamat serta membangunkan Pelan Tindakan Bencana mengikut lokaliti masing-masing.
ย
Hasil program mendapati Kota Putera berdepan risiko banjir monsun dan banjir kilat bandar, manakala Kuala Besut terdedah kepada ancaman limpahan air pasang besar (๐ด๐ต๐ฐ๐ณ๐ฎ ๐ด๐ถ๐ณ๐จ๐ฆ) serta banjir termenung muara (๐ฃ๐ข๐ค๐ฌ๐ธ๐ข๐ต๐ฆ๐ณ ๐ฆ๐ง๐ง๐ฆ๐ค๐ต). Program ini berjaya meningkatkan kefahaman, kesiapsiagaan dan penyelarasan tindakan komuniti dalam menghadapi bencana ke arah pembentukan masyarakat yang lebih berdaya tahan.
