𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍
INDONESIA, 31 Julai — Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), selaku 𝘕𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘍𝘰𝘤𝘢𝘭 𝘗𝘰𝘪𝘯𝘵 pengurusan bencana negara, telah menyertai Mesyuarat Ke-48 ASEAN 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘪𝘵𝘵𝘦𝘦 𝘰𝘯 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 (𝘈𝘊𝘋𝘔) dan mesyuarat berkaitan di Bandung, Indonesia. Penyertaan ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh kerjasama serantau, meningkatkan kesiapsiagaan serta memperkasa pengurusan risiko bencana melalui perkongsian kepakaran dan penyelarasan strategik antara negara-negara ASEAN.
Delegasi Malaysia diketuai oleh Encik Rusli Ibrahim, Pengarah (Dasar), NADMA. Selaku Pengerusi Bersama 𝘈𝘊𝘋𝘔 𝘞𝘰𝘳𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 𝘰𝘯 𝘗𝘳𝘦𝘱𝘢𝘳𝘦𝘥𝘯𝘦𝘴𝘴, 𝘙𝘦𝘴𝘱𝘰𝘯𝘴𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘙𝘦𝘤𝘰𝘷𝘦𝘳𝘺, Malaysia membentangkan kemajuan pelaksanaan inisiatif 𝘈𝘈𝘋𝘔𝘌𝘙 𝘞𝘰𝘳𝘬 𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮𝘮𝘦 2026–2030 serta mengadakan pertemuan dua hala bersama Republik Korea bagi memperkukuh kerjasama pengurusan bencana. Penglibatan ini terus mengukuhkan peranan NADMA dalam memastikan Malaysia kekal bersedia, berdaya tahan dan memainkan peranan aktif di peringkat serantau.
