PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

ππ€πƒπŒπ€, 𝐓𝐍𝐁 ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ πƒπ€π‹π€πŒ πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€ πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

ππ€πƒπŒπ€, 𝐓𝐍𝐁 ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ πƒπ€π‹π€πŒ πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€ πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Β 
PUTRAJAYA, 31 Julai β€” Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus memperkukuh kerjasama strategik bagi meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana, khususnya memastikan kesinambungan bekalan elektrik kepada infrastruktur kritikal dan komuniti terjejas. Komitmen ini dizahirkan menerusi kunjungan hormat delegasi TNB yang diketuai oleh Puan Shahannom Izham, Chief Regulatory & Stakeholder Management TNB, kepada Ketua Pengarah NADMA, Dato' Meor Ismail bin Meor Akim di Ibu Pejabat NADMA.
Β 
Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada pengukuhan mekanisme kerjasama melibatkan penyelarasan operasi, perkongsian kepakaran, pemanfaatan aset serta keupayaan logistik bagi menyokong tindak balas dan pemulihan bencana yang lebih berkesan. Kerjasama ini turut mencerminkan pendekatan whole-of-nation yang dipelopori NADMA dalam memperkukuh ekosistem pengurusan bencana negara melalui penglibatan strategik sektor kerajaan, swasta dan komuniti demi meningkatkan daya tahan serta kesejahteraan rakyat.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search