PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

ππ€πƒπŒπ€, π’πŽπ”π“π‡π„π‘π π•πŽπ‹π”ππ“π„π„π‘π’ ππˆππ€ π’πˆππ„π‘π†πˆ ππ„π‘πŠπ€π’π€ πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π π’π”πŠπ€π‘π„π‹π€π–π€π πŒπ„ππ†π‡π€πƒπ€ππˆ 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀

ππ€πƒπŒπ€, π’πŽπ”π“π‡π„π‘π π•πŽπ‹π”ππ“π„π„π‘π’ ππˆππ€ π’πˆππ„π‘π†πˆ ππ„π‘πŠπ€π’π€ πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π π’π”πŠπ€π‘π„π‹π€π–π€π πŒπ„ππ†π‡π€πƒπ€ππˆ 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
Β 
BATU PAHAT, 2 Ogos β€” Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperhebat jaringan kerjasama strategik bersama 𝘚𝘰𝘢𝘡𝘩𝘦𝘳𝘯 𝘝𝘰𝘭𝘢𝘯𝘡𝘦𝘦𝘳𝘴 (𝘚𝘝) menerusi Majlis Pelancaran 𝘚𝘰𝘢𝘡𝘩𝘦𝘳𝘯 𝘝𝘰𝘭𝘢𝘯𝘡𝘦𝘦𝘳𝘴 Majlis Perbandaran Batu Pahat sempena Karnival Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Perbandaran Batu Pahat. Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan NADMA dalam memperkasa pengurusan kesukarelawanan, meningkatkan kesiapsiagaan komuniti serta membina rangkaian sukarelawan yang lebih berdaya tahan bagi menghadapi sebarang bencana dan situasi kecemasan.
Β 
Majlis menyaksikan pertukaran simbolik plak dan bendera Rakan NADMA antara Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA, Datuk Haji Hussain bin Moh, dan Dato' Haji 'On Jabbar Ja'afar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), sebagai tanda pengukuhan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Kerjasama ini akan memperluas pembangunan kapasiti sukarelawan, perkongsian kepakaran serta pelaksanaan program kesiapsiagaan dan tindak balas bencana secara lebih bersepadu, sekali gus memperkukuh pendekatan 𝘸𝘩𝘰𝘭𝘦-𝘰𝘧-𝘯𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯 dalam membina masyarakat yang lebih bersedia dan berdaya tahan.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search