PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

ππ€πƒπŒπ€ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 πŽππ„π‘π€π’πˆ ππ„πŒππ„ππˆπ‡π€π 𝐀𝐖𝐀𝐍 ππ€π†πˆ πŒπ„ππ€ππ†π€ππˆ 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 πƒπˆ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ | πŸπŸ‘ πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”
πŸ“ Pangkalan Udara Subang
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di sekitar Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta No. 20 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang beroperasi dari Pangkalan Udara Subang.
Operasi bermula pada jam 12.30 tengah hari dengan membawa empat tangki larutan garam dan berakhir pada jam 2.30 petang. Kawasan sasaran pembenihan awan meliputi Pagoh, Yong Peng, Ayer Hitam dan Kluang. Pelaksanaan OPA ini merupakan salah satu langkah mitigasi bagi membantu mengurangkan kesan jerebu yang melanda Negeri Johor.
Usaha ini mencerminkan kerjasama bersepadu antara agensi dalam menangani situasi jerebu yang berpanjangan, di samping melengkapi langkah pemantauan dan pengurusan bencana yang sedang dilaksanakan. Inisiatif ini diharap dapat membantu meningkatkan kualiti udara serta mengurangkan risiko terhadap kesihatan dan kesejahteraan orang awam.
Previous Next

ππ€πƒπŒπ€ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π’πŽπŠπŽππ†π€π πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π πŒπ„ππ“π€π‹ 𝐃𝐀𝐍 ππ’πˆπŠπŽπ’πŽπ’πˆπ€π‹ πƒπ€π‹π€πŒ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
TANJUNG MALIM, 12 Oktober 2026 β€” Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh perkongsian ilmu dan kepakaran dalam pengurusan bencana menerusi penyertaan dalam International Conference on Disaster Mental Health Counselling (ICDMHC 2026) yang berlangsung pada 12 hingga 13 Oktober 2026 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Persidangan akademik anjuran Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), UPSI ini menjadi platform perkongsian pengetahuan, penyelidikan dan amalan terbaik berkaitan kesihatan mental serta sokongan psikososial dalam konteks bencana.
NADMA diwakili oleh Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, yang dijemput sebagai penceramah bagi tajuk β€œπ˜”π˜¦π˜―π˜΅π˜’π˜­ 𝘏𝘦𝘒𝘭𝘡𝘩 & π˜—π˜΄π˜Ίπ˜€π˜©π˜°π˜΄π˜°π˜€π˜ͺ𝘒𝘭 𝘚𝘢𝘱𝘱𝘰𝘳𝘡 π˜‹π˜Άπ˜³π˜ͺ𝘯𝘨 π˜‹π˜ͺπ˜΄π˜’π˜΄π˜΅π˜¦π˜³β€. Penyertaan ini mencerminkan kepentingan aspek kesihatan mental dan sokongan psikososial dalam pengurusan bencana, khususnya bagi membantu mangsa menghadapi tekanan, membina daya tahan psikologi serta menyokong proses pemulihan. Usaha ini turut menyumbang kepada pengukuhan kerjasama antara agensi, ahli akademik dan pengamal profesional dalam memastikan pengurusan bencana dilaksanakan secara menyeluruh, merangkumi aspek fizikal, mental dan psikososial.
Previous Next

Aktiviti Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 diteruskan dengan Program Rehlah Perdana yang diadakan di Masjid Sultan Azlan Shah, INTIM, Ipoh.
Program dimulakan dengan solat Maghrib diikuti bacaan Yasin, tahlil, zikir munajat dan selawat yang dipimpin oleh Imam Utama masjid, Syed Mohd. Muzzaffar Syed Azlan dan dihadiri kira-kira 300 jemaah sekitar kawasan Ipoh. Seawal jam 4.30 pagi, para jemaah turut mengadakan Qiamullail dan seterusnya sesi kuliah subuh.
Pengisian program ini merupakan manifestasi semangat kebersamaan seluruh masyarakat dalam membina kesiapsiagaan nasional berasaskan pendekatan β€œπ˜Έπ˜©π˜°π˜­π˜¦-𝘰𝘧-𝘴𝘰𝘀π˜ͺπ˜¦π˜΅π˜Ίβ€, selain daripada bersama-sama memohon agar negara dihindari daripada sebarang bencana.
Previous Next

Sekitar Majlis Peluncuran Bulan Kesiapsiagaan Bencana (BKN) 2026 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh, Perak, yang dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.
Penganjuran program ini adalah sebagai salah satu usaha meningkatkan kesedaran dan memperkukuh kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana.
Program ini menjadi platform penting untuk menyemai budaya kesiapsiagaan, memperluas pengetahuan berkaitan pengurusan bencana serta menggalakkan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam memastikan keselamatan diri, keluarga dan komuniti.
Sebelum itu, telah berlangsung Program Pengurangan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) bersama komuniti setempat sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan membudayakan kesiapsiagaan bencana dalam kalangan masyarakat.
Previous Next

ππ€πƒπŒπ€ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 πŽππ„π‘π€π’πˆ ππ„πŒππ„ππˆπ‡π€π 𝐀𝐖𝐀𝐍 πƒπˆ ππ„π†π„π‘πˆ π’π€π‘π€π–π€πŠ | πŸ– – 𝟏𝟎 πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”
πŸ“ Pangkalan Udara Kuching
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyelaraskan pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Operasi ini dilaksanakan pada 8 hingga 10 Oktober 2026 sebagai usaha menyokong pengurusan sumber air serta pemantauan keadaan cuaca di negeri berkenaan.
Kawasan sasaran pembenihan awan meliputi lima empangan utama, iaitu Empangan Bakun, Murum, Sika, Assyakirin dan Batang Ai. Sepanjang operasi, keadaan cuaca serta pembentukan awan di kawasan sasaran dipantau bagi mengenal pasti keadaan yang sesuai untuk pelaksanaan pembenihan awan. Keberkesanan operasi akan dinilai berdasarkan rekod taburan hujan dan pemantauan keadaan kawasan tadahan bagi meneliti impaknya terhadap sumber air.
Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen dan kerjasama strategik antara agensi dalam menyokong pengurusan sumber air serta memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi perubahan keadaan cuaca. Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Pentadbiran), YBhg. Datu Felicia Tan Ya Hua.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search