PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

π‡π€π‘πˆ πŠπ„π„πŒππ€π“ πˆπ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
MAJLIS PENUTUP INSARAG EXTERNAL RECLASSIFICATION (IER) 2026
Β 
Program Pensijilan Semula INSARAG (IER) MAS01 2026 hari ini melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutup IER 2026 yang menghimpunkan delegasi antarabangsa, termasuk wakil UN OCHA, INSARAG Secretariat, Classifier, Mentor serta Observer dan External Player dari pelbagai negara.
Β 
Majlis menyaksikan pengumuman keputusan dan penyampaian sijil IER 2026 oleh wakil UN OCHA kepada Komander Pasukan SMART, PgKB I Abdul Manaf bin Che Isa, selepas melalui proses penilaian lapangan selama 36 jam yang menguji pelbagai aspek keupayaan operasi, termasuk perintah dan kawalan, tindak balas perubatan, pencarian teknikal, logistik serta keupayaan melaksanakan operasi di peringkat antarabangsa.
Β 
Ketua Pengarah NADMA, Dato' Meor Ismail Meor Akim dalam ucapannya menegaskan yang kejayaan Pasukan SMART ini membuktikan sekali lagi bahawa Malaysia mampu untuk terus berdiri teguh setaraf dengan lain-lain pasukan mencari dan menyelamat bertaraf dunia.
Β 
Majlis ini menjadi penutup kepada rangkaian proses penilaian dan latihan yang dilalui Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), di samping menghargai sumbangan para Classifier, Mentor, Observer, External Player dan rakan antarabangsa yang bersama-sama menjayakan IER MAS01 2026.
Previous Next

π‡π€π‘πˆ πŠπ„π“πˆπ†π€ πˆπ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
SIMULASI FASA DEMOBILISASI & LAPORAN MISI: PENUTUPAN BoO, PEMULANGAN ASET DAN DOKUMENTASI RASMI
Β 
Setelah menyelesaikan simulasi operasi selama 36 jam di dua lokasi runtuhan, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) memasuki fasa demobilisasi sebagai sebahagian daripada penutupan keseluruhan operasi IER MAS01 2026.
Β 
Simulasi ini melibatkan proses penutupan Base of Operation (BoO), pengunduran anggota, pemulangan serta pemeriksaan aset dan peralatan operasi sebelum meninggalkan lokasi. Pasukan SMART turut diuji dalam aspek penyelesaian dokumentasi rasmi, penyediaan laporan misi serta laporan penilaian pasca-misi bagi memastikan setiap tindakan dan hasil operasi direkodkan secara teratur.
Fasa ini turut menilai keupayaan Pasukan SMART mengurus proses pengakhiran misi secara sistematik, selamat dan teratur, selaras dengan prosedur serta keperluan penilaian INSARAG External Reclassification (IER) MAS01 2026.
Previous Next

π‡π€π‘πˆ πŠπ„π“πˆπ†π€ πˆπ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
LAWATAN KHAS KE PUSAT SIMULASI BENCANA DAN BASE OF OPERATION (BoO)
Β 
Sepanjang 36 jam simulasi tempoh ujian yang perlu dijalani oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam usaha mengekalkan Pensijilan INSARAG Heavy USAR Team ini, turut menerima kunjungan khas daripada wakil pengurusan Kementerian Luar Negeri (KLN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dan lain-lain agensi yang diketuai oleh Ketua Pengarah NADMA, Dato’ Meor Ismail bin Meor Akim. Kehadiran tetamu ini bagi menyaksikan dengan lebih dekat pelaksanaan simulasi pengujian yang sedang dijalani oleh Pasukan SMART.
Previous Next

𝐒𝐃𝐂𝐂 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π“πˆππƒπ€πŠ 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀, 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 π‹π„ππˆπ‡ 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒 πŠπ„ππ€πƒπ€ π‘π€πŠπ˜π€π“
Β 
KUANTAN, 22 September 2026 – Penyelarasan lebih pantas, keputusan lebih tepat dan bantuan dapat digerakkan dengan lebih teratur kepada komuniti terjejas. Itu antara hasil utama pengoperasian State Disaster Command Centre (SDCC) Negeri Pahang yang memperkukuh kesiapsiagaan negeri dalam menghadapi bencana.
Β 
Majlis penyerahan SDCC Negeri Pahang oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Pahang. Pengoperasian pusat ini memperkukuh penyelarasan antara Kerajaan Negeri, NADMA dan agensi tindak balas, khususnya dalam pemantauan situasi, perkongsian maklumat serta mobilisasi responder dan bantuan ketika berlaku bencana.
Β 
SDCC berfungsi sebagai Pusat Kawalan Bencana Negeri yang memantau kejadian bencana dan menyalurkan maklumat serta laporan kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC). Keupayaan ini penting bagi memastikan maklumat dari lapangan dapat diterjemahkan kepada tindakan yang lebih terselaras dan berkesan.
Β 
Pemerkasaan SDCC Negeri Pahang turut menyokong pelaksanaan Sasaran Utama 1 dan Sasaran Utama 2 Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030, sekali gus memperkukuh keupayaan pengurusan risiko bencana di peringkat negeri.
Β 
Datuk Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA turut menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan yang turut dihadiri pegawai SPKS dan STI NADMA.
Previous Next

π‡π€π‘πˆ πŠπ„πƒπ”π€ πˆπ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
SIMULASI FASA OPERASI: PELAKSANAAN OPERASI SAR 24 JAM DI DUA LOKASI RUNTUHAN.
Β 
ROLEPLAY: OPERASI WORKSITE
Β 
Simulasi ini menunjukkan ketangkasan dan kecekapan Pasukan SMART membangunkan Base of Operation (BoO) sebaik tiba di kawasan yang ditugaskan. Selain itu, atur gerak penugasan di ground zero mengikut kepakaran dan peralatan yang dibawa. Pasukan SMART diuji dari segi kapasiti kepakaran mereka bagi aktiviti breaching, shoring, heavy lifting, sistem pengesanan mangsa dan kamera carian, selain keupayaan Unit K9, carian teknikal, rawatan trauma serta HAZMAT.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search