PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

ππ€πƒπŒπ€ π“πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ 𝐒𝐃𝐂𝐂 π™πŽπ 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀
Β 
PULAU PINANG, 13 September 2026 – Kesiapsiagaan dan penyelarasan pengurusan bencana di Zon Utara terus diperkukuh menerusi Bengkel Pengukuhan Fungsi dan Peranan SDCC Zon Utara Tahun 2026 yang berlangsung pada 13 hingga 15 September 2026 di Georgetown, Pulau Pinang. Bengkel ini menghimpunkan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis bagi memperkemas penyelarasan operasi, perkongsian maklumat serta mekanisme tindak balas bencana.
Β 
Penglibatan pelbagai agensi strategik ini mencerminkan pendekatan bersepadu NADMA dalam memperkasa fungsi SDCC sebagai platform penyelarasan pengurusan bencana di peringkat negeri. Usaha ini turut memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi memastikan tindakan yang lebih cekap, bersepadu dan responsif demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat.
Previous Next

ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’π€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„ππˆπŒππˆππ€π π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ 𝐀𝐒𝐀𝐒 π“πˆππƒπ€πŠ 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
Β 
SERDANG, 15 SEPTEMBER 2026 β€” Kesiapsiagaan para petugas kesihatan menghadapi isu dan kecemasan kesihatan awam terus diperkukuh menerusi 3rd Putra Public Health Seminar 2026 yang berlangsung di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program anjuran Jabatan Kesihatan Komuniti dan Persatuan Kesihatan Komuniti Malaysia ini menghimpunkan pegawai kesihatan awam, petugas kesihatan serta penyelidik bagi memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan kerjasama antara pelbagai disiplin dalam menghadapi cabaran kesihatan awam.
Β 
Dalam program tersebut, Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, NADMA telah dijemput menyampaikan taklimat bertajuk β€œπ˜‹π˜ͺ𝘴𝘒𝘴𝘡𝘦𝘳 π˜™π˜¦π˜΄π˜±π˜°π˜―π˜΄π˜¦ 𝘒𝘯π˜₯ π˜“π˜¦π˜’π˜₯𝘦𝘳𝘴𝘩π˜ͺπ˜±β€ yang memberi penekanan kepada aspek kepimpinan dan penyelarasan dalam tindak balas bencana. Penglibatan NADMA dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta kerjasama strategik antara agensi dan institusi akademik dalam pengurusan bencana secara menyeluruh.
Previous Next

πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π πŒπ‡ππ’π’ πƒπˆππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡, π’πŽπŠπŽππ†π€π ππ’πˆπŠπŽπ’πŽπ’πˆπ€π‹ πƒπ€π‹π€πŒ 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 πƒπˆππ„π‘πŠπ€π’π€
Β 
KUALA LUMPUR,11 SEPTEMBER 2026 β€” Kesiapsiagaan dalam aspek kesihatan mental dan sokongan psikososial semasa krisis dan bencana terus diperkukuh menerusi Program Mental Health & Psychosocial Support Services (MHPSS) in Crisis & Disaster Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur dari 10 hingga 12 September 2026.
Β 
Program anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ini menjadi platform untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman anggota kesihatan berkaitan penyampaian perkhidmatan MHPSS, khususnya dalam membantu mangsa serta komuniti yang terkesan akibat bencana. Program ini turut memberi penekanan kepada penguasaan Psychological First Aid (PFA) sebagai salah satu bentuk sokongan awal kepada individu yang berhadapan situasi krisis.
Β 
Dalam program tersebut, Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, NADMA telah dijemput untuk menyampaikan taklimat bertajuk β€œMental Health and Psychosocial Support During Disaster Response” yang memberi pendedahan berkaitan kepentingan sokongan kesihatan mental dan psikososial dalam tindak balas bencana.
Penglibatan NADMA dalam program sebegini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta penyelarasan pengurusan bencana secara menyeluruh, termasuk aspek kesejahteraan mental dan psikososial mangsa, petugas serta komuniti yang terjejas.
Previous Next

ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’π€π πˆππ“π„π‘π€π†π„ππ’πˆ πƒπˆππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡, πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 πƒπˆππ„π‘πŠπ€π’π€
Β 
KELANTAN,10 SEPTEMBER 2026 β€” Kesiapsiagaan serta penyelarasan antara agensi dalam pengurusan bencana kematian ramai mangsa terus diperkukuh menerusi Kursus Pengurusan Bencana Kematian Ramai Mangsa bagi Perkhidmatan Perubatan Forensik Secara Interagensi Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 10 September 2026.
Kursus anjuran Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan ini menjadi platform bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman serta kesiapsiagaan agensi berkaitan dalam menguruskan insiden kematian ramai mangsa secara sistematik, terselaras dan berkesan.
Β 
Dalam kursus tersebut, Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, NADMA telah dijemput untuk menyampaikan taklimat bertajuk β€œPeranan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Dalam Penyelarasan Pengurusan Bencana Kematian Ramai Mangsa”.
Β 
Penglibatan NADMA dalam platform interagensi seperti ini mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam memperkukuh penyelarasan pengurusan bencana serta memastikan setiap agensi memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing sebelum, semasa dan selepas sesuatu insiden berlaku.
Previous Next

ππ€πƒπŒπ€ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’π€π π‡π€πƒπ€ππˆ πŒπŽππ’π”π π“πˆπŒπ”π‘ 𝐋𝐀𝐔𝐓 πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ•
Β 
Kesiapsiagaan negara menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 terus diperkukuh menerusi Mesyuarat Pre-Council Majlis Pengurusan Bencana Negara (MPBN) Bilangan 1 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah NADMA, Dato’ Meor Ismail bin Meor Akim, pada 10 September 2026.
Β 
Sesi ini menghimpunkan wakil kementerian dan agensi berkaitan bersama pengurusan tertinggi NADMA bagi meneliti enam kertas pembentangan yang akan dibawa ke Mesyuarat MPBN Bilangan 1 Tahun 2026 pada Oktober nanti. Perbincangan memberi tumpuan kepada persediaan, penyelarasan serta langkah kesiapsiagaan menghadapi risiko bencana sepanjang MTL 2026/2027.
Penglibatan pelbagai kementerian dan agensi mencerminkan pendekatan bersepadu NADMA dalam memastikan kesiapsiagaan bencana negara sentiasa berada pada tahap terbaik, dengan penyelarasan yang kukuh sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana berlaku.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search