ππππππππππππ πππππππππππ ππππππππππ, πππππππππππππ πππππππ πππππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππππππππππ πππππππππππ ππππππππππ, πππππππππππππ πππππππ πππππππππ
Β
KELANTAN,10 SEPTEMBER 2026 β Kesiapsiagaan serta penyelarasan antara agensi dalam pengurusan bencana kematian ramai mangsa terus diperkukuh menerusi Kursus Pengurusan Bencana Kematian Ramai Mangsa bagi Perkhidmatan Perubatan Forensik Secara Interagensi Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 10 September 2026.
Kursus anjuran Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan ini menjadi platform bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman serta kesiapsiagaan agensi berkaitan dalam menguruskan insiden kematian ramai mangsa secara sistematik, terselaras dan berkesan.
Β
Dalam kursus tersebut, Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, NADMA telah dijemput untuk menyampaikan taklimat bertajuk βPeranan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Dalam Penyelarasan Pengurusan Bencana Kematian Ramai Mangsaβ.
Β
Penglibatan NADMA dalam platform interagensi seperti ini mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam memperkukuh penyelarasan pengurusan bencana serta memastikan setiap agensi memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing sebelum, semasa dan selepas sesuatu insiden berlaku.
