πππππβπ πππ ππππππππ πππππππππ ππππππππππ πππππππ πππππππ πππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππβπ
πππ ππππππππ πππππππππ ππππππππππ πππππππ πππππππ πππππππ
Β
PUTRAJAYA, 5 Oktober 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tuan Faisal Iswardi Ismail, bersama delegasi FAMA di Pejabat NADMA, Setia Perkasa 5, Putrajaya. Kunjungan ini disambut oleh Ketua Pengarah NADMA, Datoβ Meor Ismail bin Meor Akim, dan menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama strategik NADMAβFAMA dalam aspek pembekalan Bantuan Makanan Bencana Negara.
Kerjasama yang terjalin sejak penubuhan NADMA pada tahun 2015 ini terus diperkasakan bagi menyokong kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027, termasuk memenuhi keperluan bantuan makanan ketika bencana serta pembekalan makanan retort kepada petugas operasi di lapangan. Kerjasama ini turut mencerminkan komitmen berterusan NADMA dan FAMA dalam memastikan bantuan makanan dapat disediakan dan disalurkan secara cekap, pantas serta berkesan kepada pihak yang memerlukan.
πππππ πππππππ πππππππ ππππππππππ ππππ ππ ππππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ πππππππ πππππππ ππππππππππ ππππ ππ ππππππππ | π πππππππ ππππ
Β
Β
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di sekitar Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), No. 20 Skuadron TUDM serta agensi berkaitan.
Β
Memasuki siri ke-16 dan hari ketiga pelaksanaan sejak 30 September 2026, operasi bermula pada jam 12.15 tengah hari dengan membawa empat tangki larutan garam dan berakhir pada jam 1.40 petang. Pelaksanaan pembenihan dibuat berdasarkan keadaan atmosfera serta potensi pembentukan awan yang bersesuaian bagi meningkatkan peluang berlakunya hujan.
Β
OPA merupakan antara langkah mitigasi yang dilaksanakan bagi membantu mengurangkan impak jerebu dan memperbaiki keadaan kualiti udara, khususnya di kawasan yang terjejas. Keberkesanan operasi turut dipantau melalui data cerapan hujan dan keadaan cuaca semasa bagi memastikan tindakan susulan dapat dilaksanakan berdasarkan perkembangan terkini.
Β
Kerjasama antara agensi ini mencerminkan kesiapsiagaan berterusan dalam menangani isu berkaitan cuaca dan kualiti udara demi melindungi kesihatan awam serta kesejahteraan masyarakat.
πππππ ππππππππ ππππππππππππ ππππππππππ ππππππππππ ππππππ πππππ ππππ ππππ/ππππ πππππππ ππππππππ ππππππππππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππππππ ππππππππππππ ππππππππππ ππππππππππ ππππππ πππππ ππππ ππππ/ππππ πππππππ ππππππππ ππππππππππππππ
Β
PUTRAJAYA, 2 Oktober 2026 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan Mesyuarat Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 bersama syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato' Meor Ismail bin Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA, bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta penyelarasan komunikasi dalam menghadapi MTL 2026/2027.
Perbincangan memberi tumpuan kepada ramalan cuaca dan banjir sepanjang MTL serta pelaksanaan Sistem Amaran Awal (EWS), khususnya dalam memastikan maklumat dan amaran bencana dapat disampaikan kepada masyarakat dengan pantas dan berkesan, terutama di kawasan berisiko.
Β
NADMA turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi, METMalaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta syarikat-syarikat telekomunikasi atas kerjasama dan komitmen berterusan. Sinergi antara semua pihak amat penting bagi memastikan penyampaian maklumat dan amaran bencana yang berkesan, sekali gus membolehkan masyarakat mengambil tindakan awal demi keselamatan diri dan keluarga.
πππππ ππππππππππ πππππππππππππ πππ ππππ πππππ ππππππππ πππππππ ππ ππππππ πππππππ ππππππππ πππππππ πππππππ ππππππ ππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππππππππ πππππππππππππ πππ ππππ πππππ ππππππππ πππππππ ππ ππππππ πππππππ ππππππππ πππππππ πππππππ ππππππ ππππππ
Β
PERAK, 1 Oktober 2026 β Dato' Meor Ismail bin Meor Akim, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI di Kampung SC Redang Punggor, Langkap, Perak.
Pelaksanaan projek ini merangkumi pembinaan Mini Square, pembinaan longkang konkrit dan penyediaan kelengkapan bilik kuliah di Masjid Al-Hakim, kerja-kerja menaik taraf Dewan Orang Ramai serta inisiatif kelestarian alam sekitar menerusi pemasangan lampu jalan solar di sekitar kampung dan panel solar di masjid berkenaan.
Β
NADMA merakamkan penghargaan kepada semua agensi Kerajaan, pihak pelaksana, pemimpin masyarakat, serta warga Kampung SC Redang Punggor atas sinergi yang dizahirkan. Segala infrastruktur yang dibangunkan ini diharap dapat dimanfaatkan serta diselenggarakan dengan baik sebagai pelaburan jangka panjang ke arah pembentukan komuniti yang sejahtera, mampan, dan berdaya tahan.
πππππ πππππππ πππππππ ππππππππππ ππππ ππ ππππππππ πππ ππππππ ππππππππ | π πππππππ ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ πππππππ πππππππ ππππππππππ ππππ ππ ππππππππ πππ ππππππ ππππππππ | π πππππππ ππππ
Β
Β
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan sasaran sekitar Negeri Selangor dan Negeri Sembilan, dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta No. 20 Skuadron, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Β
OPA bermula pada jam 12.25 tengah hari dengan membawa empat tangki larutan garam, melibatkan kawasan sasaran Kajang dan Jelebu, sebelum operasi berakhir pada jam 1.25 petang. Pelaksanaan operasi mengambil kira keadaan cuaca dan potensi pembentukan awan yang sesuai, manakala keberkesanannya akan dinilai berdasarkan data taburan hujan dan pemantauan kawasan tadahan. Inisiatif ini merupakan antara langkah mengurangkan impak jerebu kepada kesihatan awam serta aktiviti harian di sekitar kawasan tersebut.
Β
Secara keseluruhannya, OPA pada 30 September dan 1 Oktober 2026 berjaya membantu menurunkan hujan di kesemua negeri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan di beberapa daerah di Negeri Selangor.
Β
Data daripada stesen cerapan dan produk Radar QPE (Quantitative Precipitation Estimation) pada resolusi data tinggi 1 kilometer (km) menunjukkan pola taburan anggaran hujan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan sekitar daerah Negeri Selangor adalah dengan jumlah hujan 0.4mm/h dari jam 3.00 petang sehingga 8.00 malam melalui tolok hujan di Stesen Meteorologi Sepang, L.T.A KLIA.
