PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Sesi Lawatan Konsultasi “Project 98 – Strengthening CBRN Medical Emergency Preparedness and Response in Southeast Asia (EMED)” | 11 Jun 2025 | Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Markas SMART & MYCEDM
 
Telah berlangsung satu Sesi Lawatan Konsultasi Project 98 - Strengthening CBRN Medical Emergency Preparedness and Response in Southeast Asia (EMED) yang disertai oleh seramai 40 orang wakil, termasuk pegawai-pegawai daripada kementerian & agensi yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kecemasan perubatan dan kesiapsiagaan CBRN.
 
Pihak EU CBRN CoE telah menganjurkan lawatan ini bertujuan untuk meninjau fasiliti yang terdapat di setiap bahagian yang terlibat, serta mengenal pasti peluang untuk memperkukuh kesiapsiagaan dan tindak balas kecemasan perubatan CBRN negara melalui sesi pembentangan dari setiap pihak.
 
Selain itu, para peserta telah mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai sistem pengurusan bencana kebangsaan, fungsi dan peranan setiap pihak khususnya dari segi latihan dan operasi. Hal ini sekaligus akan, memberikan mereka gambaran lebih dekat tentang peranan kritikal yang dimainkan oleh NDCC dan pasukan SMART semasa berlakunya bencana.
 
Seterusnya, para peserta juga dapat mengenal pasti input penting kepada pasukan projek EMED dalam usaha memperkukuhkan kerjasama serantau serta menambah baik kapasiti kesiapsiagaan dan tindak balas perubatan kecemasan CBRN di Asia Tenggara.
 
Taklimat berkenaan pengoperasian NDCC telah disampaikan oleh Encik Mohd Firdaus bin Jahaya manakala taklimat berkaitan pengoperasian Pasukan SMART telah disampaikan oleh Insp Abdullah bin Ahmad Sobri. Turut bersama di dalam sesi taklimat ini ialah Encik Wan Muhammad Rumaizi bin Wan Hussin, Ketua Penolong Pengarah Kanan MYCEDM.
Previous Next

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bilangan 1 Tahun 2025 | 9 Jun 2025 | Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
 
Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bilangan 1 Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan di peringkat pusat termasuk agensi-agensi teknikal dan tindak balas yang terlibat dalam pengurusan bencana serta semua Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
 
Di pihak NADMA, mesyuarat ini telah diketuai oleh YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Pengarah NADMA dan turut disertai oleh Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah NADMA, Pengarah-Pengarah NADMA, Ketua Unit Komunikasi Korporat NADMA, Komander SMART dan Pegawai-Pegawai Kanan NADMA.
 
JPBP pada kali ini telah membincangkan persediaan Kementerian/Jabatan dalam menghadapi Monsun Barat Daya (MBD) yang melibatkan lima (5) pembentangan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Alam Sekitar serta NADMA.
Previous Next

9 Jun 2025 - Telah berlangsung satu Sesi Lawatan Kerja dan Taklimat kepada Spacetech Malaysia Association yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Firdaus bin Jahaya, Penolong Pengarah Kanan, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).
 
Sesi lawatan ini adalah untuk memahami peranan serta operasi NDCC secara menyeluruh dan meneroka peluang kerjasama strategik dalam penggunaan teknologi satelit dan kecerdasan buatan (AI) bagi pemantauan serta tindak balas bencana.
Previous Next

Selamat Datang Ketua Pengarah NADMA yang Baharu
 
Warga NADMA merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat datang kepada YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara.
 
Kami amat berbesar hati menerima kehadiran YBhg. Datuk sebagai peneraju baharu agensi dan yakin bahawa di bawah kepimpinan YBhg. Datuk, NADMA akan terus melangkah maju dalam memperkukuh kesiapsiagaan, koordinasi dan pengurusan bencana negara.
 
Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja NADMA.
Previous Next

Global Platform for Disaster Risk Reduction 2025 (GP2025) | 2 hingga 7 Jun 2025 | Geneva
 
Telah berlangsung Global Platform for Disaster Risk Reduction 2025 (GP2025) dengan tema "Every Day Count, Act for Resilience Today". GP2025 merupakan platform di peringkat global yang memberi ruang perbincangan dalam pengurangan dan pengurusan risiko bencana bersama semua negara yang mengiktiraf Kerangka Kerja Sendai 2015-2030.
 
Seawal hari pertama, GP2025 telah dimulakan dengan beberapa siri mesyuarat berkenaan Sendai Framework Monitor (SFM) di mana, setiap negara berpeluang mengemaskini status pencapaian dan membincangkan isu serta cabaran dalam melengkapkan SFM. Malaysia telah menjadi antara negara yang berjaya mengemaskini dan melaporkan SFM dengan baik dan seterusnya antara negara penanda aras oleh pihak UNDRR.
 
Acara kemuncak GP2025 adalah Ministerial Roundtable, di mana setiap wakil negara berkongsi penyataan negara dalam usaha pengurangan dan pengurusan risiko bencana. Dalam hal ini, YAB Timbalan Perdana Menteri selaku ketua delegasi telah menyampaikan penyataan negara dalam ministerial roundtable bertajuk "Safe Schools Now: Protecting Every Child from Disaster and Climate Risk". Kehadiran YAB Timbalan Perdana Menteri telah diiringi oleh YBhg. Ketua Pengarah NADMA dan dua (2) orang pegawai daripada Seksyen Mitigasi.
 
Selain menyampaikan penyataan negara, Malaysia juga telah terlibat secara aktif dalam sesi "ignite stage" yang diadakan secara serentak sepanjang GP2025 berlangsung. Dua (2) orang wakil Malaysia masing-masing daripada NADMA dan SEADPRI-UKM telah berkongsi inisiatif DRR semasa yang sedang dijalankan. Malaysia juga mengambil peluang mengadakan pertemuan bersama Special Representative of the United Nations Secretary-General (SISG) dan membincangkan ruang kerjasama berterusan antara Malaysia dan UN dalam menyokong agenda global dalam pengurangan risiko bencana.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search